Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Kesan Tiga Lelaki Sebar, Edar Risalah Kristian Secara Terbuka

Polis mengesan tiga individu didakwa terbabit edar risalah Kristian secara terbuka di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan perkara itu pada Isnin lalu.

Edar Risalah Kristian Secara Terbuka

Edar Risalah Kristian

Foto: MalaysiaGazette

Laporan telah dibuat pada jam 10.19 malam selepas video memaparkan tiga individu didakwa menyebar risalah tersebut tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Mohamad Lazim berkata, Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum lima tahun.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau kebencian atas alasan agama.
“Usaha mengesan ketiga-tiga mereka sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut laporan Kosmo! Online pula, polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini sehingga siasatan selesai.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Artikel lain: PAS Ucap Selamat Hari Krismas Buat Penganut Kristian

Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan beberapa lelaki menyebarkan risalah berkait dengan penyebaran ajaran kristian kemudian ditegur orang ramai sebelum mereka mula beredar dari lokasi terbabit.

Dalam video, salah seorang suspek juga dilihat meminta untuk tidak dirakam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalaysiaGazette, Kosmo! Online

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd