Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Kesan Suami Tampar Isteri Menerusi ‘Live’ Media Sosial

Polis mengesan seorang lelaki dipercayai suami menampar isterinya yang secara tidak sengaja dirakam menerusi satu video ‘live’ di media sosial TikTok di sebuah pusat beli-belah di sekitar Kota Warisan, Sepang baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman menyatakan bahawa pihaknya telah menerima laporan daripada adik kepada wanita yang berusia 35 tahun itu ditampar dalam video berkenaan.

Suami tampar isteri tular di ‘live’ media sosial

Suami tampar isteri

Foto: TikTok @smrmotorsport

Difahamkan, lelaki yang bertindak sedemikian merupakan suami mangsa berusia sekitar 50 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis kesan suami tampar isteri

Norhizam berkata, polis sedang dalam proses merakam keterangan saksi berkenaan kejadian itu dan pada masa sama giat mengesan keberadaan suspek dan mangsa serta kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
“Polis sedang giat menjejaki mangsa dan suspek. Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Suami tampar isteri

Foto: TikTok @smrmotorsport

Artikel lain: Isteri Enggan Rawat Bisul Ditampar, Tukang Cuci Loji Dipenjara 2 Bulan

Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mahafiz bin Mat Lawi di talian 010-2396533 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di 03-87774222.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, satu rakaman video ‘live’ berdurasi 29 saat tular memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari lokasi majlis sambutan Tahun Baharu Cina sambil memegang plastik di tangan kirinya.

Setibanya di pintu keluar premis terbabit, wanita itu tiba-tiba berhenti sejurus melihat kehadiran suspek yang bertopi dan berjalan ke arahnya sambil memegang tangan seorang kanak-kanak.

Secara tiba-tiba, lelaki itu menampar wajah wanita tersebut di khalayak ramai sambil  memarahi dan mengatakan sesuatu ke arah mangsa, lalu tanpa banyak soal isterinya dilihat keluar dari premis berkenaan.

Sumber: Astro Awani, TikTok @smrmotorsport

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher di Batu Pahat, baru-baru ini mempunyai kaitan dengan pengaruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd