Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Kesan Remaja Perempuan Hilang Sejak 27 Jun Lalu

Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan telah hilang sejak 27 Jun lalu sekali gus memohon orang ramai untuk membantu mencari individu tersebut.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Amran Mohd Gani menyatakan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah itu kira-kira jam satu pagi pada 28 Jun lepas.

Foto: Bernama

“Pada 28 Jun 2024, jam lebih kurang satu pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah telah menerima satu laporan polis berkaitan orang hilang (OH) bersabit Kuala Pilah/1834/24, Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Nor Azli Zuaini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Amran berkata, lokasi terakhir remaja berketinggian lebih kurang 150 cm  itu dilihat berada di Kampung Terusan, Juasseh, Kuala Pilah.

Selain menjelaskan ciri-ciri fizikal yang ada pada remaja berkenaan, Amran turut meminta jasa baik orang ramai untuk tampil ke balai berhampiran sekiranya memiliki sebarang maklumat tentang mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Fiffy merupakan remaja berkulit kuning langsat, berbadan kurus dengan berat 45 kilogram dan rambut berwarna separuh perang yang panjangnya mencecah paras bahu. 
“Pohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-484 2222,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd