Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Cekup 51 Lelaki, Seorang Maut! Tumpaskan Pesta Gay, Parti Dadah Di Hotel Mewah

Kegiatan tidak bermoral melibatkan pesta gay dan parti dadah yang dipercayai berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar ibu negara terbongkar selepas polis menahan seramai 51 lelaki dalam beberapa siri serbuan awal pagi semalam.

Operasi bermula sekitar pukul 2.35 pagi hingga 5 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan itu dipercayai menjadikan bilik-bilik hotel mewah sebagai lokasi berhibur, menyalahgunakan dadah serta menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil serbuan berjaya menahan seramai 51 individu terdiri daripada 23 lelaki tempatan serta 28 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 52 tahun.
“Turut dirampas ialah cecair Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA seberat 284 gram, pil ekstasi seberat 8.56 gram, serbuk ekstasi seberat 8.7 gram serta ketamin seberat 11.61 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM103,070.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, sebelum serbuan dijalankan, polis mendapati seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti terbabit diusung di lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua suspek telah direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd