Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Berpangkat Sarjan Didakwa Perkosa Pelajar 16 Tahun

Seorang pegawai polis berpangkat sarjan disiasat selepas didakwa perkosa pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Menurut laporan Berita Harian, pelajar itu telah dirogol sebanyak dua kali di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya dalam daerah Perak Tengah, pada Julai dan Oktober tahun lalu.

Perbuatan suspek yang berusia 42 tahun itu terbongkar apabila mangsa mendedahkan perkara tersebut kepada ibunya, baru-baru ini.

Difahamkan, mangsa dan ibu sudah dipanggil oleh pihak berkuasa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah  untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis berpangkat sarjan didakwa perkosa pelajar

Gambar Hiasan

Artikel lain: Polis Siasat Penularan Video Dipercayai Sarjan Mejar Tampar Orang Awam

“Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa. Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek,” katanya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah memberitahu pihaknya telah menerima laporan tersebut pada 20 Januari lalu.

Gambar Hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang menunggu serahan laporan kesihatan oleh pihak hospital. Hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati tiada kecederaan luaran pada mangsa,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Muhamad Lokman Khairi)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd