Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Podcast HASiL Buka Komunikasi 2 Hala Antara HASil & Orang Awam

Bagi memastikan pendidikan cukai dapat disebarluas dengan lebih menyeluruh melalui inisiatif Awareness, Education And Services (A.E.S), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menganjurkan  podcast  sebuah podcast dengan tajuk Podcast HASiL ‘ The Next Episode with Financial Faiz, Dr. Say & Sean Lje’.

Berlangsung sempena Hari HASil ke-28

Difahamkan, podcast berkenaan telah berlangsung di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya pada 1 Mac 2024 bersempena dengan Hari HASil ke-28.

Platform perkongsian maklumat tentang percukaian secara santai

Penganjuran podcast berkenaan merupakan salah satu platform untuk berkongsi maklumat berkenaan percukaian secara santai kepada orang ramai sekali gus memberi inspirasi, motivasi serta melahirkan rasa tanggungjawab kepada pematuhan cukai dalam kalangan masyarakat memadangkan ia dihadiri hampir 300 peserta yang terdiri daripada Hasilian dan komuniti sekitar Cyberjaya.

Program selama dua jam ini turut membuka ruang kepada komunikasi dua hala antara HASiL dan orang awam dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sekali gus membuktikan HASiL sebagai agensi yang terbuka kepada sebarang cadangan, pandangan dan idea untuk kelestarian ekosistem percukaian negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Influencer, selebriti jadi panel dalam podcast

Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia dari Jabatan Khidmat Korporat, Encik Mohamad Razli bin Mohamad Ali, bertindak sebagai moderator untuk Podcast HASil ini dan dibarisi oleh ahli panel terdiri daripada pempengaruh serta selebriti terkenal tanah air, iaitu Financial Faiz, Dr. Say Shazril dan Sean Lje.

Difahamkan, mereka juga merupakan Rakan Strategik HASiL (RASH) bagi lantikan tahun 2023/ 2024.

Turut hadir dalam sesi podcast berkenaan adalah  YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, YBhg. Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBhg. Datuk Hisham bin Rusli, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), barisan pengurusan kanan HASiL serta jemputan agensi-agensi dari sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.

Tonton disini:

Podcast tersebut telah dipancarkan secara langsung di platform Youtube HASiL_Malaysia pada 1 Mac 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd