Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Demi Masa Depan Negara, PN Sedia Kerjasama Dengan UMNO

Perikatan Nasional (PN) sedia buka pintu kerjasama dengan UMNO demi masa depan negara, kata Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan kenyataan yang dibuat dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini telah disalah tafsir.

Tajuk yang digunakan seolah-olah menunjukkan bahawa UMNO hanya boleh kembali kuat jika bergabung dengan PN, sedangkan maksud sebenar adalah lebih kepada situasi politik ketika itu.

PN Sedia Kerjasama Dengan UMNO

PN Sedia Kerjasama Dengan UMNO

“Saya cuma menyatakan, jika pemimpin UMNO waktu itu tetap dengan pendirian mereka, PN dan UMNO sebenarnya sudah boleh bergabung. Ketika itu, kita ada 104 kerusi dan hanya perlukan lapan lagi untuk membentuk kerajaan.
“Tapi mereka pilih Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana merasakan lebih menguntungkan. Namun, saya tidak menolak jika ada ruang untuk berbincang demi masa depan rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bentong pada Isnin.

Hamzah, yang juga Timbalan Presiden Bersatu, menegaskan PN bukan hanya memperjuangkan satu kaum tetapi bersifat inklusif untuk semua lapisan masyarakat, termasuk kaum Cina dan India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Adam Adli Gesa Pembangkang Sokong Had Tempoh PM – “Inilah Reformasi Sebenar..”

PN Sedia Kerjasama Dengan UMNO

Dalam majlis yang sama, Bersatu turut mengumumkan penyertaan lebih 100 ahli MCA Bentong yang diketuai bekas Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soo, ke dalam PN.

Hamzah berkata, Leong telah keluar dari MCA dan kini bersama PN untuk memperkukuhkan gerak kerja di kawasan Bentong serta negeri Pahang secara keseluruhan.

“Beliau sudah keluar dari MCA, jadi kita tak bincang soal pemecatan. Kehadiran beliau dalam PN adalah satu nilai tambah kerana beliau ada pengalaman dan hubungan akar umbi yang kuat.
“Malah, lebih 113 orang telah menyertai kita melalui beliau, dan katanya masih ramai lagi akan menyusul,” jelas Hamzah.

Beliau turut menekankan struktur unik dalam Bersatu yang mempunyai sayap pelbagai kaum seperti Bersatu Bersekutu, sebagai bukti bahawa PN benar-benar inklusif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Hamzah menyuarakan kebimbangan terhadap nasib rakyat, khususnya usahawan kecil dan sederhana (PKS) yang terhimpit dengan cukai serta polisi kerajaan yang sering berubah.

“Dulu mereka boleh untung, tapi sekarang semuanya merosot. Ada yang terpaksa kurangkan pekerja, ada yang tak mampu beli barang keperluan sempena Ramadan dan Hari Raya.
“Kerajaan kena turun padang, lihat sendiri keadaan sebenar, bukan sekadar bangga dengan angka pelaburan atas kertas,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd