Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

PM Singapura Jadi Menteri Kanan Dalam Kabinet Selepas Berundur Dari Jawatan

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, akan terus berkhidmat dalam Kabinet sebagai Menteri Kanan selepas berundur daripada jawatan yang dipegang sekarang.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong, sekali gus menjelaskan bahawa tidak akan ada rombakan ketara dilakukan melibatkan Kabinet sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) mendatang.

Memetik laporan The Straits Times, Wong memberitahu keutamaannya kini adalah memastikan kesinambungan dan membentuk pasukan kabinet terbaik untuk Singapura sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-4 Singapura pada 15 Mei nanti.

Foto: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak pernah berlaku apabila berlaku peralihan kepimpinan, semua menteri yang lebih tua mengundur diri pada masa sama.
“Sebaliknya, mereka terus menyumbang dalam cara yang berbeza, sambil memberi ruang kepada yang lebih muda untuk meningkat naik.
“Saya akan mengguna pakai pendekatan sama apabila saya mengambil alih,” katanya.

Foto: Free Malaysia Today

Walau bagaimanapun, Wong berkata perubahan besar kemungkinan berlaku selepas pilihan raya umum dan beliau sudah mula mencari calon-calon baru.

Wong yang juga Menteri Kewangan berkata, kabinet baru itu tidak akan menyaksikan perubahan besar dan menjangka kebanyakan menteri kabinet sedia ada akan kekal dalam portfolio semasa mereka.

Dalam pada itu, Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam mengumumkan Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei bagi memberi laluan kepada Wong untuk menggantikannya.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong juga berkhidmat sebagai menteri kanan selepas melepaskan jawatan masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Straits Times ( Linette Lai dan Tham Yuen-C)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd