Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PM Sediakan Dana Lebih RM1 Bilion Bagi Naikkan Gaji Pekerja

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang mahu menyediakan dana bagi membantu menaikkan gaji rakyat sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban serta kos sara hidup.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas berincang dengan Jemaah Menteri selepas mengambil kira situasi di mana ada syarikat yang mengaut keuntungan hingga RM1 bilion ringgit, namun gaji pekerja mereka masih tidak dinaikkan.

“Jadi apa keputusan kita, kita kata macam mana pun dengan kos sara hidup dan inflasi walaupun rendah, tapi masih membebankan rakyat. Oleh itu kita cadang sekarang dan dah di peringkat akhir kajian, kerana kita tak boleh paksa syarikat untuk naikkan gaji pekerja, tapi boleh guna mekanisme seperti gaji minimum.
“Saya nak beritahu saudara-saudara, kita buat satu cadangan yang mengejutkan yang belum pernah terfikir oleh penyakau-penyakau PN (Perikatan Nasional). Apa dia? Kita akan sediakan sejumlah wang atau RM1 bilion hingga RM2 bilion, untuk cari jalan naikkan (gaji),” katanya.

Susulan itu, dana tersebut mampu menaikkan gaji  pekerja dari RM2,000 ke RM2,200 yang secara tidak langsung dapat membantu golongan yang memerlukan.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa yakin gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dapat pertahankan negeri Selangor sert menang bergaya di Negeri Sembilan dan Pulai Pinang untuk Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar Ibrahim, Malaysia’s prime minister, speaks during an interview in Singapore, on Monday, Jan. 30, 2023. Anwar?said his government will work to gradually lower the nations debt and narrow the budget gap, without resorting to raising taxes that hurt the poor.?Photographer: Ore Huiying/Bloomberg via Getty Images

“Saya yakin kalau kita dapat perkuatkan kerajaan Selangor dan menang bergaya di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, serta dapat tembusi satu dua negeri lain, (negara) kita akan berada di kelas A kerana kita boleh tumpu pembangunan negara kita.
“Jadi saya harap kawan-kawan, kita tidak banyak masa lagi, tolong selamatkan, jangan cuai, perkara ini ialah untuk selamatkan diri, keluarga, negeri dan negara kita,” ujarnya lagi.

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah tragedi membabitkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun berlaku apabila ibu bapanya, Aidil Zacky Rahman (AZR) dan Sinta Dewi (SD) bunuh anak sendiri selepas...

Lokal

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurul Hidayah didakwa dilantik sebagai lembaga pengarah di Universiti Putra Malaysia (UPM)....

Spotlight

Selebriti popular Korea Selatan, T.O.P BIGBANG dikhabarkan mengalami kecederaan patah tulang rusuk tetapi nekad meneruskan sesi penggambaran bagi drama bersiri Netflix Squid Game 2....

Lokal

Polis telah mengesahkan kesahihan sijil perkahwinan anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran pada September tahun lalu. Foto: Sinar Harian Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd