Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PM Berlepas Ke Turkiye Malam Ini, Bawa Dana Bantuan RM20 Juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertolak ke Turkiye malam ini bagi menyatakan sokongan kepada negara berkenaan. Hal ini susulan bencana gempa bumi yang melanda mereka baru-baru ini.

Awalnya enggan

Memetik laporan dari Harian Metro, perdana menteri pada awalnya menolak untuk ke sana atas faktor kekangan tugas. Namun, rayuan dari Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah beliau pertimbangkan.

“Mulanya saya enggan, sebab Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dah hantar, hospital pun dah buka, namun atas semangat persahabatan, saya buat keputusan untuk ke sana,” kata beliau.

Keberangkatan Anwar ke sana turut diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Bawa sumbangan RM20 juta

Menerusi berita utama di saluran TV3 sebentar tadi, Anwar mengatakan yang beliau turut membawa dana kemanusiaan yang terkumpul termasuklah dari Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berjumlah RM20 juta untuk Turkiye dan juga Syria.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahli Parlimen Tambun itu dijangka akan berada di Turkiye sehingga petang esok sebelum kembali ke Malaysia semula.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan Malaysia tetap akan membantu negara Syria tanpa mengambil kira dasar luar Amerika Syarikat berhubung negara berkenaan.

Beliau mengatakan yang Malaysia akan segera menghantar pasukan penyelamat selepas kerajaan negara terbabit memberikan kebenaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro, YouTube Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd