Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Arah Bank Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Scam Jika Ada Kecuaian

Pihak bank perlu bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan atau scam atas talian sekiranga didapati jenayah itu berlaku disebabkan kecuaian institusi kewangan tersebut.

Memetik laporan Kosmo!, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut tertakluk dalam undang-undang mengikut Seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

PM arah bank bayar ganti rugi kepada mangsa scam

Add New Post ‹ Borak Daily — WordPress

Foto: Kosmo! Online

“Kalau dikenal pasti kecuaian (negligence bank), bank akan bayar umpamanya setakat ini mengikut Seksyen 413 KTJ, RM178,407 telahpun dipulangkan, maknanya ada.
“Jika dikenal pasti kecuaian pihak bank atau bank tidak memantau mengikut peraturannya maka bank mesti juga bayar ganti rugi,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang ingin tahu sejauh manakah kebersediaan Malaysia untuk memberikan lebih tanggungjawab kepada pihak bank untuk membuat bayaran ganti rugi ataupun pampasan kepada pemilik-pemilik akaun yang hilang duit akibat scammer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Add New Post ‹ Borak Daily — WordPress

Foto: Berita Harian

Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan juga akan mengkaji supaya tanggungjawab pihak bank diperketatkan sekaligus memastikan peraturan dipatuhi.

“Dalam kajian yang dibuat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), kita akan juga kaji supaya diperketatkan agar pihak bank turut bertanggungjawab kalau didapati tidak benar-benar cermat dalam memantau dan memastikan peraturan dipatuhi,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kerajaan juga mempertimbangkan untuk mewujudkan satu Rang Undang-Undang khusus yang holistik bagi melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Huda Musa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd