Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PM Anwar Dilapor Duduki Tempat Ke-17 Pemimpin Terkaya Di Dunia

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Love Money, Anwar menduduki tempat ke 17 bagi pemimpin terkaya di seluruh dunia dengan nilai kekayaan sehingga $2.4 juta (RM10.6 juta).

Anwar duduki tempat ke-17 pemimpin terkaya di dunia

Sebelum ini, Anwar dilaporkan tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri yang berjumlah $5,000 (RM22 ribu) sebulan disamping menegaskan gaji minimum di Malaysia hanyalah $325 (RM1,500) sebulan.

Tidak cukup dengan itu, Anwar juga enggan menggunakan kereta limosin Mercedes Benz yang telah dibeli oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjara atas tuduhan rasuah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, beliau mempunyai sumber kewangan lain yang boleh dia gunakan disamping pernah mengisytiharkan asetnya yang berjumlah $2.4 juta (RM10.6 juta) dengan harapan dapat memaksa calon pembangkang untuk turut mengambil langkah yang sama menjelang pilihan raya.

Sementara itu, wang tunai dan pelaburan menyumbang hampir $180,000 (RM802,260) daripada aset Anwar, manakala asetnya yang lain berjumlah $2.2 juta (RM9.8 juta) terdiri daripada sebuah rumah dan tiga lot tanah.

Dalam pada itu, pemimpin yang berjaya menduduki tempat ke-18 pula adalah Presiden Venezuela, Nicolás Maduro dengan nilai kekayaan sebanyak $2 juta (RM8.9 juta).

Sementara itu, pemimpin dunia lain yang berjaya tersenarai dalam pemimpin terkaya di dunia adalah:

Advertisement. Scroll to continue reading.

1. Presiden Rusia, Vladimir Putin ($200 bilion)

2. Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un ($5 bilion)

3. Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping ($1.5 bilion)

4. Presiden Syria, Bashar al-Assad ($1.5 bilion)

Advertisement. Scroll to continue reading.

5. Presiden Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo ($600 juta)

6. Perdana Menteri Azerbaijan, ilham Aliyev ($500 juta)

7. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan ($500 juta)

8. Presiden Rwanda, Paul Kagame ($500 juta)

Advertisement. Scroll to continue reading.

9. Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa ($450 juta)

10. Presiden Kenya, William Ruto ($400 juta)

11. Presiden Perancis, Emmanuel Macron ($31.5 juta)

12. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky ($20 milion)

Advertisement. Scroll to continue reading.

13. Presiden Amerika Syarikat (USA), Joe Biden ($10 juta)

14. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeu ($5 juta)

15. Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ($5 juta)

16. Presiden Filipina, Bongbong Marcos ($3.6 juta)

Advertisement. Scroll to continue reading.

17. Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim ($2.4 juta)

18. Presiden Venezuela, Nicolás Maduro ($2 juta)

Anwar dah pernah isytihar harta sebelum ini, sebab itu beliau dapat disenaraikan dalam senarai ini.

Sumber: Love Money

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd