Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0 Dilaksana Dua Fasa, Libatkan Pelajar Tingkatan 4 Dan Lepasan SPM

PLKN

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan, kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan menerusi dua fasa, lapor Sinar Harian.

Laksana dua Fasa, babit pelajar Tingkatan Empat

Beliau berkata, Fasa 1 PLKN itu melibatkan pelajar Tingkatan Empat yang akan dilaksanakan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Tambahnya, pelajar Tingkatan Lima akan dikecualikan bagi memberi laluan kepada mereka untuk melakukan persediaan bagi menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebaliknya, bakal menyertai Fasa 2 sebaik sahaja tamat SPM di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.
“Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini,”katanya.

PLKN

Artikel lain: Pelatih PLKN 3.0 Akan Jalani Latihan Di Kem Tentera

Para pelatih PLKN juga akan melakukan latihan berkaitan ketenteraan bagi membina jati diri belia dan tatanegara.

“Sebanyak 90 peratus daripada kandungan latihan Fasa 2 in berkaitan ketenteraan agar dapat membina jati diri belia yang kuat dan bertenaga.
“Baki 10 peratus daripada kandungan lagi adalah berkaitan tatanegara, Selepas itu, agensi-agensi seperti bomba, polis dan Pertahanan Awam dapat melihat produk modal insan ini sebagai penyediaan kepada guna tenaga belia yang terlatih,”ujar beliau.

Menurut beliau, kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara termasuk sebuah kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Katanya, tenaga pelatih juga akan terdiri daripada anggota tentera sendiri bagi menjimatkan kos keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum ini, kos asal adalah sekitar RM500 juta setahun. Manakala kos baharu berdasarkan kertas kerja jawarankuasa adalah tidak melebihi RM100 juta setahun, iaitu sebuah langkah penjimatan yang sangat baik,”katanya.

Beliau berkata, PLKN akan dapat melahirkan belia yang berkualiti, berdisiplin, cintakan negara dan sedia memikul tanggungjawab terhadap masyarakat di negara ini.

Sumber: Sinar Harian (Mukhriz Mat Husin)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd