Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0 Tekan Aspek Disiplin, Peserta Tidak Lalui Latihan Intensif Seperti Tentera

Peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak akan menjalani latihan ketenteraan yang bersifat intensif seperti yang diberikan kepada anggota tentera sebenar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun modul ketenteraan itu mencakupi 70% daripada pengisian PLKN 3.0 yang baharu, namun ia menekankan aspek seperti disiplin diri.

Foto: Sabah Media

“Ini merujuk kepada pengurusan masa, kebersihan, kepatuhan kepada peraturan dan keupayaan untuk melakukan sesuatu tugasan secara bertanggungjawab.
“Selain itu, keupayaan untuk melakukan tugasan dalam berkumpulan serta ketahanan dalam melakukan sesuatu tugasan secara bertanggungjawab. Ia akan turut melibatkan pendedahan dan penerangan berkenaan dengan dasar-dasar pertahanan negara.
“Kesemua elemen ini adalah kritikal dalam membentuk generasi muda yang berwibawa, matang serta berketahanan,” katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan Dewan Negara di Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman, Senator Datuk Juhanis Abd. Aziz dan Senator Abdul Nasir Idris berhubung cadangan pelaksanaan semula PLKN 3.0.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamed Khaled berkata, penekanan sehingga 70% modul ini adalah berasaskan dapatan libat urus dengan pelbagai pihak yang memberi maklum balas tentang sikap dan perilaku golongan muda masa kini.

“Golongan masa muda kini dilihat perlu untuk dibentuk dengan nilai-nilai keutuhan diri yang lebih meluas dan tegas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) juga berharap PLKN dapat menjadi medium untuk mendedahkan kepada realiti serta keistimewaan kerjaya pertahanan.

Foto: Majoriti

“Kita berhasrat menjadikan PLKN yang baharu ini sebagai satu medium mendedahkan tentang realiti serta keistimewaan kerjaya pertahanan.
“Kita melebihkan elemen ketenteraan ini kerana ia adalah satu elemen atau pendedahan yang tidak boleh diperoleh sepanjang masa.
“Sebaliknya, elemen-elemen seperti cintakan negara, jati diri dan perpaduan, sememangnya sudah sering menjadi fokus dan diberikan perhatian di pelbagai peringkat termasuklah di peringkat sekolah,” ujarnya.

Terdahulu, MINDEF mengumumkan pelaksanaan semula PLKN dengan konsep dan format baharu bermula tahun hadapan bagi semua remaja dan warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia membabitkan tiga fasa, bermula dengan Fasa Pra PLKN yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan mereka menjalai latihan khidmat negara selepas berusia 17 tahun.

Artikel lain: PLKN 3.0 Dilaksana Dengan Konsep Dan Format Baharu Hasil Kerjasama MINDEF, KPT & KPM

Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar di Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan ko-kurikulum dan ia berpandukan Program Pembinaan Karakter Generasi MADANI (GenMADANI) yang dibangunkan dan disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi fasa kedua Fasa Asas, remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas akan dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 buah kem Askar Wataniah di seluruh negara, 20 buah universiti awam dan beberapa politeknik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fasa asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada Modul Asas Kenegaraan sebanyak 30 peratus dan Modul Asas Ketenteraan sebanyak 70 peratus.

Pelatih PLKN juga akan diberi peluang untuk menjalai latihan lanjutan pada Fasa Lanjutan dimana modulnya dibangunkan khusus untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan.

Latihan ini berbentuk intensif, lapangan dan praktikal dengan menggunakan latihan kerjaan yang sedia ada dan pelatih boleh memilih untuk menyertai pasukan tetap, pasukan simpanan atau menjadi sukarelawan.

Untuk makluman, Fasa Latihan Asas di 13 buah Kem Askar Wataniah dijangka bermula seawal April 2025, manakala Fasa Pra PLKN dan Program Perintis PLKN akan bermula pada Jun 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Fasa Latihan Asas di IPTA dan Politeknik pula dijangka akan bermula semasa pengambilan pelajar sesi Akademik 2026/2027.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Dunia

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad....

Lokal

Polis menyerbu sebuah restoran barbeku selepas dikesan mempromosikan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang semalam....

Lokal

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd