Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pintu Lintasan Rafah Kini Dibuka, Benarkan 20 Buah Trak Bantuan

Bantuan kemanusiaan dilaporkan mula memasuki Gaza selepas lintasan pintu sempadan Rafah dibuka pada hari ini, lapor Aljazeera.

Menurut laporan, laluan yang menghubungkan Mesir dan Gaza telah dibuka pada jam 10 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Difahamkan, sebanyak 20 trak dari Bulan Sabit Merah Mesir, yang tertanggungjawab menghantar bantuan daripada pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula memasuki terminal tersebut.

“Trak membawa makanan, minuman, barangan perubatan dan bantuan telah memasuki ke kawasan Gaza.
“Penghantaran bantuan kemanusiaan ini dilaksanakan dengan koordinasi pasukan Bulan Sabit Merah,”lapor pejabat media Hamas.

Lintasan pintu Rafah

Televisyen negara Mesir juga menunjukkan beberapa lori telah memasuki pintu sempatan itu pada hari ke-15 tercetusnya peperangan antara Israel dan Hamas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lapor Reuters, seorang wartawan AFP di bahagian Palestin pula melihat sebanyak 36 lori kosong memasuki terminal dan menuju ke arah Mesir, di mana mereka akan dimuatkan dengan bantuan yang masuk.

Selain itu, empat ambulans, dua kenderaan PBB dan dua kenderaan Palang Merah turut kelihatan memasuki ke pintu sempadan Rafah.

Pintu Lintasan Rafah

Pintu Lintasan Rafah

Kemasukan trak bantuan kemanusiaan tersebut dilihat memberi kelegaan kepada penduduk Gaza yang telah terkepung semenjak konflik Palestin-Israel tercetus pada 7 Oktober lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan  ke Semenanjung Gaza dari negara jiran Mesir pada Jumaat. Namun segalanya hanya janji palsu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sembang Kosong! CNN Lapor Lintasan Rafah Tidak Dibuka Hari Ini

Artikel lain: 20 Trak Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Gaza Melalui Mesir

Lintasan Rafah adalah satu-satunya pintu sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir dan satu-satunya lintasan yang tidak dikawal rejim zionis Israel.

Kini, Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang teruk, tanpa bekalan elektrik, selain kehabisan bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekurang-kurangnya 4,137 rakyat Palestin, termasuk 1,524 kanak-kanak dan 1,000 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd