Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tanda Prihatin, Pinn Yang Sumbang RM30,000 Buat Negara Bergolak

Dalam diam, usahawan dan personaliti media sosial, Pinn Yang menghulurkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan kemanusiaan di Palestin.

Pinn Yang Sumbang RM30,000

Pinn Yang Sumbang

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Pinn Yang menerusi satu hantaran di Insta Story miliknya pada Isnin, memaparkan tangkap layar transaksi pemindahan wang ke akaun bank rasmi CGM.

Pinn Yang Sumbang

Sumbangan tersebut menarik perhatian ramai memandangkan Pinn Yang bukan individu Muslim, namun tetap menunjukkan keprihatinan terhadap nasib rakyat Palestin yang kini berdepan krisis kemanusiaan di Gaza.

Artikel lain: Wira GSF Pulang! 23 Sukarelawan Malaysia Dijangka Tiba Di KLIA Malam Esok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pinn Yang Sumbang

Tindakan lelaki berusia 32 tahun itu menerima pujian netizen yang menzahirkan rasa hormat dan terharu dengan keikhlasan tersebut.

Rata-rata pengguna platform Threads menegaskan bahawa isu Palestin bukan sekadar soal agama atau bangsa, tetapi melibatkan nilai kemanusiaan sejagat.

Bukan soal agama

Pinn Yang Sumbang

Atas dasar kemanusiaan

Pinn Yang Sumbang

Sumbangan Pinn Yang hadir ketika tumpuan rakyat Malaysia kini diberikan kepada aktivis dan sukarelawan terlibat dalam misi Sumud Flotilla Gaza (GSF), selepas mereka ditahan tentera Israel sebelum dibebaskan baru-baru ini sekali gus menanti kepulangan ke tanah air.

Langkah usahawan itu sekali lagi membuktikan bahawa semangat solidariti terhadap Palestin merentasi sempadan agama, bangsa dan latar belakang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Pinn Yang

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd