Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pil Kuda Dadah Paling Popular Di Kelantan, Ramai Pelajar Sekolah Terjebak

Pil kuda menjadi pilihan pelajar sekolah untuk mula terjebak dalam kegiatan penagihan dadah kerana harga jualannya yang kurang daripada RM10 di Kelantan.

Foto: Hiasan

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat menjelaskan harga jualan sebiji pil kuda di Kelantan lebih murah berbanding negeri-negeri Pantai Timur yang lain iaitu Terengganu dan Pahang.

Berdasarkan hasil maklumat, beliau berkata pil kuda atau pil yaba yang bermaksud ‘pil gila’ dalam Bahasa Thailand merupakan dadah paling popular di Kelantan berbanding ganja, heroin dan syabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Harga pil kuda di sini murah kerana kos pengangkutan termasuk halangan (selepas diseludup dari Thailand) jauh lebih rendah. Jika dibawa keluar dari Kelantan, risiko untuk ditangkap tinggi.
“Jadi, sebiji pil kuda di Kelantan boleh dijual pada harga bawah RM10 berbanding di negeri-negeri lain iaitu RM15. Harga tersebut menyebabkan ramai pelajar sekolah mula terjebak dengan dadah,” katanya pada Isnin.

Sementara itu, Mohd. Yusoff turut menyatakan isu melibatkan dadah di Kelantan berada pada tahan yang kritikal.

Menurutnya, perkara tersebut dibuktikan selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Kelantan berjaya menumpaskan kegiatan sindiket dadah jenis pil kuda dan heroin terbesar di negara ini selepas merampas kedua-dua jenis dadah yang bernilai RM49.17 juta itu di Pasir Mas-Salor, bulan lalu.

“Kes-kes dadah juga menyebabkan masalah sosial di Kelantan serius sehingga di peringkat pelajar sekolah sudah mula terlibat dengan dadah terutamanya pil kuda,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! (Muhammad Ayman Ghaffa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd