Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Petunjuk Suspek Kes Zayn Rayyan Ditemui – Ketua Polis Selangor

Petunjuk yang diperoleh pihak polis setakat ini menjurus kepada seorang individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada 6 Disember lalu.

Memetik laporan Harian Metro, siasatan masih lagi dijalankan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat berhubung kes terbabit.

Zayn Rayyan

Kredit Foto: Arkib NSTP

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini mereka menemui petunjuk seorang individu, namun masih banyak persoalan perlu dijawab.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengan kesan pada leher dan badan mangsa, kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua database polis dan juga mass screening.
“Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini. Buat masa ini, petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang individu.
“Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu. Jadi, kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu,”katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kematian Zyan Rayyan, pihaknya meminta untuk diberi ruang untuk bekerja dengan fakta tanpa bekerja dalam spekulasi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Istana Alam Shah selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke 78, hari ini.

Zayn Rayyan

Artikel lain: Pembunuh Adik Zayn Rayyan Masih Dicari, Polis Minta Henti Komen Spekulasi

Tambah Hussein, proses penelitian video kamera papan pemuka (dashcam) setiap kenderaan penduduk di kawasan berkenaan masih berjalan bagi membantu siasatan.

Siasatan mendapati mayat kanak-kanak berkenaan berkemungkinan dibuang pada waktu petang di kawasan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa. Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada malam. Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat. Kita percaya pada petang itu.
“Kita tidak jumpa lagi barang yang boleh menjurus kepada penjenayah, kita masih berusaha untuk mencarinya,” katanya.

Katanya lagi, siasatan polis juga tertumpu kepada stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa bagi mengenalpasti individu yang kerap berada di lokasi berkenaan.

“Kita hendak melihat ataupun menyiasat siapa yang selalu berlegar di situ, stor ini untuk penyimpanan barang-barang lusuh dan juga barang-barang kitar semula, jadi adakah kemungkinan penjenayah ada pernah ke situ, kita (mahu) lihat (padanan) cap jari di situ.
“Sebab itu saya kata siasatan ini terbuka dan kita melihat dari pelbagai sudut, sama ada daripada dalam kawasan atau luar kawasan itu. Kita tidak mahu terlepas mana-mana sudut dalam siasatan ini. Stor berkunci dan ada penjaga,” ujar Hussein.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd