Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tercampak 40 Meter, Petinju Muay Thai Maut Dirempuh Ketika Berjoging

Seorang petinju muay thai berusia 20 tahun maut manakala rakannya cedera selepas dirempuh sebuah trak pikap ketika sedang berjoging di KM 4, Jalan Gua Musang-Sungai Terah, Gua Musang pada Rabu, lapor Kosmo! Online.

Petinju Muay Thai maut dirempuh

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.05 petang apabila mangsa, Mohamad Nabil Mohamad dilaporkan tercampak sejauh kira-kira 40 meter akibat pelanggaran itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Petinju Muay Thai

Foto: Polis

Beliau berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai insiden itu pada pukul 6.30 petang.

Hasil siasatan awal mendapati trak pikap jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun bersama dua pekerja asing menghala ke Gua Musang.

Petinju Muay Thai

Foto: Polis

Setibanya di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu merempuh kedua-dua mangsa.

“Rakan mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan pada tangan dan kaki. Pemandu serta dua pekerja yang berada dalam trak pikap turut cedera di badan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lelaki Cedera Hampir Disamun Ketika Joging Awal Pagi

Sementara itu, akaun Facebook Kelab Muaythai Kuda Merah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohamad Nabil, atau lebih dikenali sebagai Pokbil yang meninggal dunia akibat insiden tersebut.

Petinju Muay Thai

Facebook: Facebook Kelab Muaythai Kuda Merah

Difahamkan, arwah dijadualkan untuk bertanding di Kejohanan Kuda Merah minggu depan, namun takdir telah memisahkan lebih awal.

“Salam takziah buat keluarga dan al-Fatihah dibaca buat Ddri Kelab Anak Tiong Gua Musang Kelantan yang telah menemui Ilahi akibat kemalangan. Dia sepatutnya akan berlawan di Kejohanan Kuda Merah minggu depan,” tulis akaun itu menerusi satu hantaran.
Petinju Muay Thai

Foto: Media sosial

Sumber: Kosmo! Online (Aimuni Tuan Lah), Facebook Kelab Muaythai Kuda Merah

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd