Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pesawat Ringan Terhempas Di UAE, Juruterbang Dan Penumpang Maut

Sebuah pesawat ringan milik Jazirah Aviation Club terhempas ke dalam laut di pantai Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad, mengakibatkan kematian terhadap juruterbang dan pembantunya.

Memetik laporan MEHR News Agency, pihak berkuasa Penerbangan Awam Am (GCAA) menyatakan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Pesawat ringan terhempas di UAE, dua maut

Pesawat Ringan Terhempas Di UAE

Susulan itu, pasukan kerja bersama pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan tersebut berlaku.

Memetik laporan KhaleejTimes, antara mangsa dalam kejadian itu adalah seorang doktor iaitu Dr Sulayman Al Majid, 26 tahun, dan juruterbangnya, seorang wanita Pakistan, 29 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PM Zahir Ucapan Takziah, Dukacita Insiden Pesawat Terhempas Babit Warga Korea Selatan Dan Thailand

Menurut laporan, Dr Sulayman telah menyewa kapal terbang ringan tersebut untuk bersiar-siar di udara manakala bapa, ibu dan adik lelakinya sedang menunggu doktor itu di Jazirah Aviation Club.

Pesawat Ringan Terhempas Di UAE

Bapa dan ibu Dr Sulayman hanya datang untuk menonton pengalaman itu, manakala adik lelaki doktor berkenaan akan mengambil penerbangan selepas abangnya.

Menurut bapa Dr Sulayman, pesawat ringan itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan dan kedua-dua Dr Sulayman serta juruterbangnya telah dikejarkan ke hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kedua-dua Dr Sulayman dan juruterbangnya tidak dapat diselamatkan dan telah meninggal dunia di hospital.

Sumber: MEHR News Agency, KhaleejTimes

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd