Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pertingkat Pemantauan Pencemaran, JAS Tandatangan MoU Bersama APM

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memperkasakan penguatkuasaan, pemantauan pencemaran dan juga program-program kesedaran alam sekitar.

Kerjasama strategik semenjak 2022 ini memfokuskan kepada perkongsian maklumat dan pencegahan melalui pelbagai inisiatiaf dalam memperkukuhkan usaha perlindungan alam sekitar dan meningkatkan kesedaran rakyat.

JAS tandatangan MoU bersama APM

 JAS Tandatangan MoU Bersama APM

Menurut NRES, antara sasaran kerjasama ini adalah memastikan tahap keberadaan yang lebih tinggi dan jangkauan kepada golongan sasaran yang lebih luas bagi tujuan pencegahan dan kesedaran kepada masyarakat.

“Dengan mengambil kira keupayaan dan keanggotaan APM yang melebihi 50,000 orang, maka pemantauan ke atas lokasi-lokasi yang dikategorikan ‘hot spot’ untuk pencemaran berlaku dapat dipantau dengan lebih kerap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, kerjasama ini turut melibatkan pendedahan dan latihan kepada Anggota APAM berhubung jenis-jenis pencemaran di bawah bidang kuasa JAS mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kolaborasi ini turut melibatkan kaedah penyaluran maklumat yang akan disalurkan kepada JAS untuk siasatan selanjutnya. Anggota APM juga boleh bertindak sebagai barisan hadapan yang mencegah pencemaran,” ujarnya.

Artikel lain: Pemain Bola Sepak Acu Objek Tajam, Individu Sama Baling Molotov Di Pusat Hiburan

Dalam pada itu, ia juga memperkasakan perkongsian kepakaran serta anggota JAS akan diberi latihan oleh APM terutamanya dalam pengurusan bencana, pertolongan cemas dan lain-lain perkara berdasarkan bidang tugas APM selain turut melaksanakan dua latihan melibatkan anggota APM dan JAS.

Dengan termeterainya MoU ini, diharap kes-kes pencemaran alam sekitar di negara dapat dikawal dengan lebih efektif melalui usaha pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif.

JAS turut mensasarkan pengurangan kes pencemaran khususnya membabitkan industri dan perkilangan dengan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 yang berkuatkuasa pada 7 Julai 2024 melibatkan peningkatan kadar denda dan hukuman penjara mandatori.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara intipati Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 adalah pemantapan hukuman penalti dengan kadar denda minimum tidak kurang daripada RM5,000 dan denda maksimum tidak melebihi RM10 juta.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd