Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pertahan Pingat Emas Paralimpik 2024, Cheah Liek Hou Bakal Terima Gelaran Datuk?

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou mungkin akan terima penghormatan dan penghargaan yang membawa kepada gelaran ‘Datuk’.

Menerusi laporan Astro Arena, desas-desus ini bertebaran susulan beliau menjadi atlet kedua yang berjaya mempertahankan pingat emas di paralimpik selepas atlet lompat jauh para, Datuk Abdul Latif Romly.

Jika perkara ini benar, Liek Hou bakal mengikut jejak langkah atlet elit negara yang diberikan gelaran ‘Datuk’ seperti Datuk Azizulhasni Awang, Datuk Pandalela Rinong dan Datuk Nicole David.

Cheah Liek Hou bakal terima gelaran datuk?

Cheah Liek Hou Bakal Terima Gelaran Datuk

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, selain meraih pingat emas kedua untuk rekod peribadi, Liek Hou juga telah menerima ganjaran sebanyak RM2 juta ringgit, termasuk ganjaran selepas cemerlang di Tokyo 2020.

Dalam pada itu,  Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya akan akan mencalonkan Liek Hou untuk menerima anugerah itu, namun kuasa untuk memberikan gelaran tersebut adalah mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Artikel lain: Pertahan Emas Di Paralimpik 2024, Cheah Liek Hou Belum Mahu Gantung Raket

“Kita akan mainkan peranan kita iaitu pencalonan adalah di bawah kita tapi kuasa untuk memberikan gelaran dan pingat tersebut adalah budi bicara raja kita, jadi kita tunggulah,” katanya.

Sebelum ini, Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas pada sukan paralimpik selepas mengatasi wakil Indonesia, Suryo Nugroho pada aksi final kategori SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlawanan akhir Liek Hou menyaksikan jaguh negara itu menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengatasi Suryo 21-13,21-15 dalam masa 42 minit.

Sumber: X Astro Arena

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd