Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Persatuan Hindu Minta Kerajaan Tidak Berdiam Diri Isu Firdaus Wong

Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia meminta kerajaan tidak terus menutup mulut dalam isu melibatkan penceramah bebas, Firdaus Wong yang didakwa menyarankan cara mengislamkan remaja bukan Islam secara rahsia dan tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Menurut satu laporan Malaysiakini, Pengerusinya Arun Dorasamy berkata, kerajaan perlu membuat kenyataan rasmi bagi mengecam tindakan penceramah tersebut.

Foto: Malaysiakini

“Isu ini berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan oleh itu kita minta jasa baik menteri Fadhlina Sidek untuk mengharamkan atau gam Firdaus Wong dan orang seumpamanya dari jejakkan kaki ke sekolah awam.
“Supaya ibu bapa bukan Islam boleh menghantar anak mereka ke sekolah tanpa rasa bimbang tentang kesejahteraan anak mereka,” katanya.

Dia berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) perlu bersikap tegas menangani perkara tersebut, namun menyatakan kepercayaan mereka terhadap kedaulatan undang-undang dan yakin PDRM akan bertindak sewajarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan MADANI perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan sebegini daripada kumpulan yang tertentu terutamanya menyalahguna dan mengambil kesempatan ke atas murid-murid.

Foto: Google

“Bila mereka berdiam diri dan membisu dalam hal ini mereka seolah-olah membenarkan ini berlaku,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Firdaus ada memuat naik sebuah video melalui platform TikTok yang terlibat dalam sesi soal jawab dan sedang menasihati seorang lelaki tentang cara menangani permintaan untuk memeluk Islam daripada beberapa remaja.

Selain itu, terdapat pihak mengatakan sesi soal jawab tersebut melibatkan Firdaus dengan seorang guru yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa bukan Muslim terhadap anak remaja mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan.

Foto: Says

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, sesi soal jawab itu sebenarnya diadakan bersama seorang penulis dan pempengaruh Tik Tok  Adnin Roslan selain Firdaus memaklumkan remaja yang ingin memeluk Islam sepatutnya dialu-alukan tetapi pengislaman mereka tidak boleh didaftarkan atau diumumkan.

Untuk makluman, Arun telah memaklumkan bahawa sebanyak enam laporan polis telah dibuat terhadap Firdaus berkaitan perkongsian tersebut.

Sumber: Malaysiakini (Shakira Buang)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd