Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Perolehan Syarikat Perladangan Sawit Dijangka Merosot

RHB Investment Bank mendedahkan perolehan syarikat perladangan sawit pada suku keempat 2023 dijangka merosot berbanding suku sebelumnya dan suku sama 2022.

Menurut laporan Berita Harian, perkara tersebut berlaku disebabkan hasil pengeluaran menurun selepas tamatnya musim keluaran puncak.

Malah, harga minyak sawit mentah (MSM) yang jatuh berkemungkinan akan memberi impak kepada perolehan dan faktor-faktor ini termasuk dalam kiraan prestasi buat sektor perladangan.

Perolehan syarikat perladangan sawit dijangka merosot

Artikel lain: Harga Sawit Diramal Terus Lemah Sehingga Tahun Depan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menjangkakan kebanyakan syarikat akan mencatatkan keputusan yang menepati jangkaan pada suku ini, berdasarkan anggaran keluaran tandan buah segar (FFB) di mana saranan ‘neutral’ dikekalkan terhadap sektor perladangan.
“Keluaran FFB suku ke suku mencatat jumlah lebih rendah selepas berakhirnya musim keluaran puncak manakala harga MSM semasa menyusut sedikit dan di Malaysia, keluaran FFB oleh syarikat-syarikat di bawah liputan kajian kami menyusut pada purata 0.6 peratus suku ke suku, manakala harga MSM semasa menurun 2.6 peratus suku ke suku pada suku keempat 2023,” katanya dalam nota yang disediakan oleh penganalisis, Hoe Lee Leng dan Syahril Hanafiah.

Tambah bank pelaburan itu lagi, saham bagi anggaran keluaran tandan buah segar di Indonesia untuk suku tahun keempat 2023 jatuh pada kadar lebih tinggi iaitu 11.9 peratus suku ke suku (mengikut trend musim).

Ujarnya, faktor cuaca kering yang melanda di Kalimatan dan di Sumatera Selatan pada suku ketiga telah menyebabkan harga MSM selepas cukai menurun 2.2 peratus suku ke suku dengan jumlah keluaran di Indonesia menyusut lebih tinggi.

“Secara tahun ke tahun, perolehan yang lebih rendah juga dijangkakan bagi syarikat perladangan di Malaysia dan di Indonesia, kerana harga MSM memberi kesan lebih besar pada perolehan berbanding kesan daripada keluaran.
“Di Malaysia, biarpun purata keluaran FFB menokok 4.5 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2023, harga MSM semasa jatuh 5.8 peratus tahun ke tahun, manakala di Indonesia pula, keluaran FFB dianggarkan bertambah 3.4 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2023, namun harga MSM bersih jatuh 11.1 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Memandangkan anggaran kadar pengeluaran yang disebabkan oleh keluaran lebih lemah pada musim ini, perolehan suku keempat 2023 dijangkakan menepati jangkaan.

“Bagi syarikat yang memiliki operasi hiliran di Indonesia, margin dijangka akan melemah suku ke suku dan tahun ke tahun pada suku keempat 2023, akibat perbezaan cukai yang lebih kecil antara produk huluan dengan hiliran iaitu sebanyak AS$35 tan (berbanding AS$48 pada suku ketiga 2023 dan AS$39 pada suku keempat 2022).
“Sebaliknya, syarikat hiliran Malaysia pula mungkin meraih margin lebih tinggi sedikit suku ke suku disebabkan oleh persaingan yang mereda daripada Indonesia,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Nur Amira Mohd Hedzer)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd