Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pernah Terima Ugutan, Shah Rukh Khan Tak Jadi Dibunuh Gara2 Terlalu Baik

Pelakon terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan mendedahkan dia pernah menerima ugutan membunuh daripada kumpulan gengster terkenal India, Abu Salem gara-gara menolak tawaran sebuah filem.

Pun begitu, nasibnya sangat baik apabila kumpulan gengster tersebut memberi peluang kepadanya dengan melepaskannya daripada dibunuh disebabkan sikapnya yang terlalu baik.

Difahamkan, Shah Rukh Khan terpaksa menolak tawaran lakonan filem tersebut disebabkan sedang sibuk menjalani penggambaraan Dil To Pagal Hai.

Bukan itu sahaja, produser filem yang menawarkan Shah Rukh Khan pada ketika itu adalah kenalan kepada Abu Salem dan dia dihubungi olehnya dan menerima ancaman untuk membunuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Produser filem tersebut merupakan kenalan kepada Abu Salem. Saya terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem itu kerana sedang menjalani penggambaran Dil To Pagal Hai,” katanya.

Bagaimanapun, hasrat Abu Salem untuk membunuh pelakon yang berusia 56 tahun itu diabaikan kerana mereka membuang nama Shah Rukh Khan untuk dibunuh gara-gara kebaikannya selama ini yang sentiasa komitmen dalam melakukan kerja.

Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Lokal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 54 kenderaan yang dikesan terbabit dalam kegiatan ‘ulat’, termasuk melibatkan warga asing, menerusi operasi khas yang dijalankan di...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd