Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pernah Dipukul Bekas Suami Tapi Tak Lapor Polis, Dewi Persik Harap Jangan Tiru Caranya

Penyanyi dan pelakon Dewi Persik mendedahkan dia pernah mengalami situasi keganasan dalam rumah tangga seperti berlaku kepada rakan artis, Lesti Kejora.

Dewi atau nama penuhnya Dewi Muria Agung berkata, dia pernah menjadi mangsa keadaan ketika bergelar isteri kepada suami pertamanya Saipul Jamil.

Menerusi satu sesi Instagram Live, penyanyi berusia 42 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan sehingga kejadian tersebut diketahui oleh ibu bapanya.

“Saya pernah dipukul bekas suami sehingga mata berdarah. Bapa menyuruh saya melaporkan perkara itu kepada pihak polis tetapi ibu pula menghalang, hanya diminta cerai saja,” katanya yang mengikut nasihat ibu.
@kudrihans

Suami Pertama DP Pernah KDRT Sampe Bagian Bawah Mata Berdarah #dp #dewipersik #fyp #fypシ #lesti #leslar #billar

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Lir Ilir – Metrow Ar

Bagaimanapun, pelakon filem Bangkit dari Lumpur itu menasihati orang ramai supaya tidak mengikut jejak langkahnya kerana golongan wanita harus berani bersuara sekiranya menjadi mangsa keganasan suami.

“Tapi jangan ditiru tindakan saya ya. Wanita tetap harus berani bersuara kalau menjadi mangsa keganasan rumah tangga,” ujarnya seolah-olah menyesal.

Video dimuat naik di akaun TikTok @kudrihans itu menerima 65,300 tontonan dan hampir 200 komen netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan Dewi supaya mangsa berani bertindak daripada terus menyimpan derita.

Sumber: TikTok @kudrihans

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd