Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pernah Bercinta Dengan Suami Orang, Denise Akui Sukar Lupakan Bekas Kekasih

Influencer terkenal, Denise Chariesta mengakui sukar untuk melupakan bekas kekasihnya sebelum ini yang juga merupakan suami wanita lain.

Menurut laporan Suara.com, Denise meluahkan perasaannya dengan memaklumkan sehingga kini dia tidak dapat ‘move on’ daripada bekas kekasihnya sebelum ini.

Ujarnya, dia terpaksa melepaskan insan yang dicintainya itu kerana tidak mahu terlibat sebagai orang ketiga dalam hubungan orang yang sudah berkahwin.

“Sampai sekarang saya tak move on. Siapa kata saya dah move on? Saya tidak mahu apabila saya berkahwin nanti, sesuatu yang menjadi milik saya dirampas,” jelasnya.

Bagaimanapun, Denise bersyukur telah memutuskan hubungan bersama lelaki tersebut selepas melihat sikap sebenar bekas kekasihnya yang panas baran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia tak pernah marah saya, dia sangat baik dengan saya. Semalam dia marah, perangai sebenar dia nampak. Dulu, saya baik dengan dia, beri dia macam-macam projek,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Denise pernah mendedahkan dia hampir berkahwin dengan bekas kekasihnya itu selepas empat tahun menjalin percintaan.

Sumber: Suara.com (Sumarni & Adiyoga Priyambodo)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd