Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Permohonan Kuota Program NEM Dibuka Semula – PETRA

Permohonan kuota bagi Program Net Energy Metering (NEM) untuk kategori domestik atau NEM Rakyat dibuka semula bermula hari ini, dengan jumlah kuota tambahan sebanyak 50 megawatt (MW).

Kuota Program NEM dibuka!

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, ia menjadikan jumlah kuota keseluruhan untuk NEM Rakyat sejak pelaksanaannya pada tahun 2011 adalah sebanyak 450MW.

“Kuota NEM Rakyat sebelum ini telah habis dipohon pada awal bulan November 2024.
“Selain itu, bagi menyokong usaha syarikat korporat untuk memenuhi komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dari aspek pembekalan elektrik hijau, kuota kategori NEM NOVA untuk pengguna komersial dan industri juga akan ditingkatkan sebanyak 300MW lagi kepada 1,400MW,” kata PETRA hari ini.

Kuota Program NEM

Foto: Bernama

Sementara itu, PETRA telah memutuskan untuk menambah kuota untuk NEM Rakyat dan NEM NOVA agar lebih ramai pengguna boleh memanfaatkan ruang bumbung bangunan untuk pemasangan sistem solar PV.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pertambahan kuota ini juga selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan program NEM kepada 30 Jun 2025,” ujarnya.

Artikel lain: PETRA Lawat Stesen Pengecasan EV Gentari Di Senawang & Tapak RTB Alor Gajah

Pada masa sama, PETRA memaklumkan kerajaan juga mengambil perhatian akan pandangan umum bahawa hala tuju pelaksanaan pembangunan solar di bumbung bangunan yang lebih menyeluruh dan jelas perlu dimaklumkan kepada pemegang taruh bagi memudahcara urusan komersial.

“Perkara ini telah pun diteliti dan pemakluman akan dilakukan dalam masa terdekat selepas kesemua aspek yang berkaitan telah dimuktamadkan,” maklumnya.

Kuota Program NEM

Foto: Web PETRA

Tambah PETRA, kementerian sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan semua inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) yang diperkenalkan adalah inklusif, adil dan memberikan manfaat kepada semua rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehubungan itu, inisiatif TBB menerusi program pemasangan sistem solar di bumbung bangunan ini kelak akan dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh ke arah mencapai sasaran 70% campuran kapasiti TBB dalam perbekalan elektrik negara menjelang tahun 2050,” tambahnya.

Garis Panduan terkini bagi Program NEM Rakyat dan NEM NOVA boleh didapati melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my, manakala maklumat lanjut mengenai permohonan Program NEM boleh didapati di laman sesawang SEDA Malaysia di www.seda.gov.my.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd