Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Permaisuri Agong Gesa Pemimpin Dunia Desak Gencatan Senjata

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah gesa pemimpin dunia desak gencatan senjata dilaksanakan segera dalam konflik Gaza-Israel.

Baginda berkata demikian ketika menyampaikan Titah Diraja pada Sidang Kemuncak United for Peace in Palestine: There is No Loss in Peace di Turkiye semalam.

Permaisuri Agong gesa pemimpin dunia desak gencatan senjata

Raja Permaisuri Agong bertitah pemimpin dunia perlu menyokong usaha daripada organisasi kemanusiaan untuk menghantar bekalan penting ke Gaza, lapor Bernama.

Pada masa yang sama, ia juga membantu kumpulan tempatan di lapangan untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan selain daripada menyelamatkan maruah rakyat yang sedang menderita.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tidak boleh membiarkan pengeboman berterusan. Kita mesti secara kolektif menyeru agar permusuhan dihentikan segera.
“Saya berdiri di sini, untuk menyertai gesaan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera dan saya merayu kepada pemimpin dunia untuk memberi tekanan ke arah usaha menamatkan kegilaan ini.
“Saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai seorang Raja Permaisuri Agong tetapi sebagai seorang ibu, bersama anak-anak saya yang amat saya sayangi.

“Saya berdiri di sini sebagai seorang manusia dan kita mesti bersuara dan berkata ‘Berhenti, dan cukup-cukuplah,” titah baginda.

Malah, Tunku Azizah juga berang dengan pencabulan hak asasi manusia yang serius ini dan baginda tidak boleh berdiam diri lagi.

“Saya bimbang untuk rakyat Gaza, demi keselamatan kanak-kanak, saya bimbang atas dasar kemanusiaan kita,” kata Tunku Azizah.

Sidang kemuncak itu juga disertai oleh pasangan pemimpin dari pelbagai negara dan dihoskan oleh Wanit Pertama Turki, Emine Erdogan.

Tunku Azizah bertitah sejak konflik itu semakin meruncingkan, beratus-ratus ribu rakyat telah menggesa kerajaan mereka untuk memberikan sokongan kepada gencatan senjata.

Artikel lain: Sultan Johor Dipilih Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

Titah Tunku Azizah lagi, sebagai seorang pemimpin negara, baginda haruslah mendengar suara tuntutan rakyat mereka.

“Mereka ini dari semua lapisan masyarakat, mengamalkan agama yang berbeza, dan bercakap bahasa yang berbeza tetapi mereka bercakap dalam satu suara untuk menyeru kepada keamanan, untuk hidup dalam harmoni dan menghormati antara satu sama lain,” titah baginda.

Baginda turut melahirkan rasa kesedihan atas kehilangan lebih 11,000 nyawa rakyat yang terkorban dalam tempoh sebulan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka dinafikan dan disekat daripada menjalani kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang normal. Ini sememangnya satu pencabulan secara serius terhadap hak asasi manusia, hak untuk menikmati kehidupan normal dan sempurna,” titah Tunku Azizah.

Tunku Azizah juga mengingatkan bahawa sebagai manusia, kita mempunyai kewajipan untuk menuntut pengakhiran kepada semua permusuhan dan memilih keamanan demi hidup makmur.

Dalam pada itu, Pasangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan dalam satu kenyataan bersama serta wakil negara dengan tegas menyuarakan mereka menolak sebarang percubaan untuk memindahkan rakyat Palestien ke tanah air mereka.

Dalam kenyataan itu juga, semua pihak wajib bertindak mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Pasangan Ketua Negara dan Kerajaan serta wakil negara turut menggesa seluruh dunia bertindak segera untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd