Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mulai 1 Februari , Papan Tanda Premis Perniagaan Di Perlis Wajib Ada Tulisan Jawi

Kerajaan Perlis akan mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan bermula 1 Februari depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, penguatkuasa tersebut turut melibatkan papan tanda iklan (billboard) serta papan tanda jalan di taman perumahan.

“Kerangka garis panduan terhadap penguatkuasaan berkenaan berada pada fasa terakhir untuk dimuktamadkan, namun ketetapan sudah pun dibuat.
“Bermula 1 Februari akan datang, kita akan mewajibkan setiap papan tanda premis perniagaan serta iklan di negeri ini mempunyai tulisan jawi,”petik laporan  Harian Metro.

Perlis Jawi

Artikel lain: Raja Muda Perlis, Raja Puan Muda Perlis Hadir Ke Majlis Apresiasi Pameran Rahsia Kebaya

Bagaimanapun, arahan bagi pelaksanaan itu hanya tertakluk buat papan tanda baharu yang ingin dipasang di premis masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kewajipan ini membabitkan permohonan baru mana-mana premis perniagaan yang mahu menaikkan papan tanda yang baharu tanpa mengganggu papan tanda iklan sedia ada,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Asrul Aimran berkata, penguatkuasaan tersebut adalah usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan dan mendedahkan tulisan berkenaan kepada semua lapisan masyarakat.

Perlis Jawi

Jelasnya, perkara berkenaan sudah diwar-warkan oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli bagi menghidupkan semula tulisan jawi kepada masyarakat.

“Menghidupkan tulisan jawi kepada masyarakat supaya ia lebih dikenali sebagai satu bentuk tulisan asal di negara ini yang sudah sekian lama digunakan.
“Selain itu, ramai generasi hari ini tidak begitu tahu tulisan jawi ini. Jadi ini juga adalah usaha untuk mendedahkan semula tulisan ini dan menambah pengetahuan mereka,”kata Asrul Aimran.

Perlis Jawi

Selain Perlis, negeri Kelantan, Kedah, Pahang dan Melaka sudah memulakan langkah memperkasakan tulisan jawi pada setiap papan tanda premis perniagaan serta iklan.

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd