Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Perkukuh Portfolio, Sunway REIT Selesai Beli Pusat Beli-Belah Kluang Mall Di Johor

Sunway REIT Management Sdn Bhd, selaku pengurus Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) selesai beli pusat beli-belah Sunway Kluang Mall (dahulu dikenali sebagai Kluang Mall) pada 30 Disember 2024.

Memetik laporan Berita Harian, Sunway Kluang Mall terletak di tengah-tengah Johor, menjadikannya bandar strategik yang menghubungkan bandar utama seperti Johor Bahru, Muar dan Batu Pahat.

Pusat beli-belah itu menawarkan akses yang baik ke kawasan lain di Semenanjung Malaysia melalui lebuh raya dan landasan kereta api utama.

Sunway REIT selesai beli pusat beli-belah Kluang Mall

Sunway REIT Selesai Beli Pusat Beli-Belah Kluang Mall

Sementara itu, Sunway Kluang Mall dijangka dapat memberikan pulangan yang menguntungkan kepada portfolio Sunway REIT dengan anggaran hasil pendapatan harta bersih (NPI) awal sebanyak tujuh peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd, Clement Chen berkata pemerolehan ini akan mengukuhkan portfolio Sunway REIT sebagai salah satu amanah pelaburan hartanah (REIT) terkemukan di Malaysia.

“Kami secara strategik telah memperluaskan kehadiran di Johor, sebuah negeri berpotensi tinggi dengan tarikan utama untuk pelaburan.
“Berdasarkan jenama kukuh Sunway dan rekod prestasi cemerlang dalam pengurusan runcit, kami melihat peluang untuk meningkatkan lagi pusat beli-belah ini melalui pengoptimuman penyewaan, pengurusan proaktif dan inisiatif peningkatan aset (AEI) yang dapat meningkatkan potensi pertumbuhan hartanah ini secara ketara,” katanya.

Dengan penyelesaian pembelian Suway Kluang Mall, Sunway REIT kini memiliki portfolio yang pelbagai dengan 28 hartanah dan 13 hartanah runcit.

Ini termasuk hartanah yang akan dibangunkan semula untuk menjadi destinasi pelancongan berpusatkan runcit dan tujuh pasar raya besar.

 Sunway REIT Selesai Beli Kluang Mall

Selain itu, portfolio hartanah Sunway REIT termasuk enam hotel, lima pejabat, satu hartanah pendidikan dan tiga hartanah industri dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10.3 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, dengan populasi melebihi 320,000 penduduk dan potensi sekitar satu juta penduduk di Johor tengah, daerah Kluang menjadi destinasi pilihan untuk runcit dan gaya hidup di rantau ini.

Sunway Kluang Mall kini mencatatkan kadar penghunian 99 peratus, dengan lebih 130 penyewa dan pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai pilihan runcit.

Ini termasuk jenama antarabangsa dan tempatan, kedai makan dan minuman (F&B) serta perkhidmatan hiburan dan gaya hidup.

Pusat beli-belah itu diperkukuhkan dengan kehadiran Pacific Hypermarket & Department Store yang menawarkan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan, panggung wayang serta pusat boling bagi memperkaya pengalaman runcit secara keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Nur Amira Mohd Hedzer)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd