Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perdana Menteri Beri Amaran Tegas Kepada Pihak Sorok Beras

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran tegas kepada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyorokkan beras sehingga membebaskan orang ramai.

Tengah orang susah, ketika itu kamu cari untung -Perdana Menteri

Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada kenyataan beliau dalam ceramah Mega Perpaduan Madani N.36 DUN Pelangai di Simpang Pelangai semalam, beliau telah mengarahkan agar semua badan penguatkuasaan mengambil tindakan tegas serta menyatakan kerajaan tidak teragak-agak mengheret pihak terlibat ke mahkamah.

“Saya beritahu Mohamad Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) arahan jelas kepada badan penguat kuasa kalau ada berani buat perangai buruk dalam orang susah cari beras, sorok, kamu jaga, kami cari kamu dan saman dan bawa ke mahkamah,”
“Tengah orang susah, ketika itu kamu hendak cari untung,” katanya.

perdana menteri

Artikel lain: Akmal Salleh Terjah Kilang Beras, Tarik Balik Lesen Jika Enggan Patuh Arahan

Perdana Menteri maklum yang kerajaan beri subsidi RM400 juta

Dalam pada itu, pihak kerajaan turut memberikan subsidi sebanyak RM400 juta bagi mengatasi isu kekurangan beras tempatan dan kenaikan harga beras.

Advertisement. Scroll to continue reading.

melalui pendekatan berkenaan, pihak kerajaan akan membayar subsidi kepada semua premis kerajaan yang diarahkan hanya menggunakan beras import, selain subsidi bagi menurunkan harga beras import di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai bekalan beras tempatan.

perdana menteri

FAMA juga akan turut bantu

Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (FAMA) juga diarahkan membantu pengedaran beras serta-merta jika berlaku kekurangan bekalam beras di mana-mana kawasan.

“Makanya kita cuba. Adakah kita yakin selesai 100 peratus? Tidak, kerana masalah berat. Jadi saya kata bagi masa seminggu untuk tengok keadaan.
“Kalau tidak selesai lagi, kita bincang tindakan sebelum Bajet pada 13 hari bulan,” ujarnya.

perdana menteri

Sumber: Kosmo! (Abdul Rashid Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd