Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perangi Kemiskinan, KPKT Berjaya Lahirkan 16,294 Usahawan Komuniti Bandar

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melahirkan seramai 16,294 orang usahawan menerusi program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB).

KPKT bantu, perangi kemiskinan

Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Wira M Noor bin Taib berkata, program PEKB tersebut selaras dengan usaha Kerajaan MADANI bagi memerangi kemiskinan tegar di bandar.

Beliau berkata, kesemua peserta akan diberikan latihan keusahawan selama tujuh hari bagi meningkatkan kemahiran mereka dan sekaligus keluar daripada garis kemiskinan.

“Program PEKB memberikan latihan keusahawan melibatkan kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di bandar bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mereka.
“Ia bertujuan supaya mereka mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan kualiti hidup,”katanya.

KPKT

Tambah beliau, KPKT bersama Badan Bukan Berkanun (NGO) akan sentiasa optimis melaksanakan program tersebut untuk melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan komuniti bandar.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Program PEKB diharap dapat mengurangkan masalah kemiskinan bandar yang semakin meruncing, seterusnya hasrat Kerajaan MADANI untuk membendung kemiskinan tegas berjaya dicapai,”katanya lagi.

KPKT

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, pagi tadi.

Konvensyen tersebut merupakan anjuran KPKT dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK Johor), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Komunikasi Digital (KKD) dan NGO.

Difahamkan, seramai 500 usahawan program PKEB dari tahun 2021, 25 reruai (booth) usahawan, Agensi Kerajaan dan NGO terlibat dalam konvensyen ini.

“Melalui penganjuran Konvensyen ini, KPKT mengambil pendekatan baharu dengan menerapkan model elemen inisiatif sokongan kepada peserta komuniti usahawan sebagai nilai tambah khususnya dari sudut pemasaran produk dan promosi seiring dengan pasaran terbuka secara atas talian.
“Ia mempamerkan pelbagai jenis perkhidmatan dan produk usahawan PEKB serta maklumat berkaitan bantuan pembiayaan perniagaan.

KPKT

“Selain itu, bimbingan turut diberikan kepada usahawan PEKB bagi pengembangan perniagaan untuk meningkatkan taraf usahawan sara diri dan usahawan informal kepada sekurang-kurangnya bertaraf Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),”menurut kenyataan.

KPKT

Perangi Kemiskinan, KPKT Berjaya Lahirkan 16,294 Usahawan Komuniti Bandar

KPKT

Anugerah Ikon Usahawan Berjaya turut diadakan selain melancarkan empat jenis produk usahawan PEKB iaitu Produk berasaskan Maman, Fateen’s Frozen, Sos Pencicah Inang Sari dan Pannipuree ala Vietnam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPKT

KPKT

Artikel lain: KPKT Lancar HIMS, Pantau Perkembangan Projek Perumahan Semasa Secara Digital

Turut hadir bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti, Tuan Haji Suhaimi bin Ali@ Ahmad, Datuk Bandar Johor Bahru, Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman serta Pengurusan Tertinggi KPKT dan ketua jabatan peringkat negeri dan daerah.

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd