Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Baru Dua Bulan Berkhidmat.. Perajurit Muda Maut, 20 Senior Disiasat Polis

Impian seorang anak muda untuk berkhidmat dan mempertahankan negara berakhir dengan tragedi memilukan apabila dia maut dipercayai dianiaya oleh seniornya sendiri di asrama Batalyon Teritorial Pembangunan 834 Waka Nga Mere, Nusa Tenggara Timur (NTT).

Didakwa disebat senior

Menurut laporan CNN Indonesia, mangsa, Prada Lucky Cepril Saputra Namo, 23, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Daerah Aeramo, 6 Ogos lalu selepas empat hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah.

senior

Lebih menyayat hati, Lucky baru dua bulan dilantik sebagai anggota TNI AD selepas menamatkan latihan di Sekolah Calon Tamtama (SECATAM) Singaraja, Bali pada Mei lalu.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: ‘Ada Patah, Ada Kecederaan’ – Peguam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut ibunya, Sepriana Paulina Mirpey, anaknya didakwa disebat oleh senior sehingga seluruh badan dipenuhi lebam.

Malah, Lucky sempat melarikan diri ke rumah ibu angkatnya dalam keadaan tangan, kaki dan belakang badan cedera teruk.

“Kalau dia gugur di medan perang, saya reda sebab itu tugas dia untuk membela negara. Tapi dia mati sia-sia di tangan senior sendiri,” katanya.
senior

Foto: CNN

Bapanya, Sersan Mejar Kristian Namo juga tidak dapat menahan kemarahan dan menuntut hukuman paling berat terhadap semua pelaku.

“Saya mahu mereka dihukum mati. Anak tentera pun dibunuh, apalagi orang biasa. Kalau tidak dihukum setimpal, akan ada lagi ‘Lucky-Lucky’ lain jadi mangsa,” tegasnya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Aeramo, Chandrawati Saragih mengesahkan terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Setakat ini, Polis Militer TNI telah menahan empat parajurit yang disyaki terlibat, sementara 20 lagi anggota dipanggil untuk memberi keterangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
senior

Foto: CNN

Pihak Kodam IX/Udayana memaklumkan siasatan sedang berjalan dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terbukti bersalah.

Kematian pemuda tersebut membuka persoalan tentang isu penderaan dan budaya buli dalam kalangan anggota baharu. Masyakarat kini menunggu janji pihak berkuasa untuk menegakkan keadilan agar tragedi terbabit tidak berulang.

Sumber: CNN Indonesia

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd