Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peperiksaan Tidak Membebankan, Tetapi Silibus Terlalu Padat – Ahli Dewan Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengkaji dan berkemungkinan mengurangkan silibus sedia ada bagi memastikan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk menguasai setiap mata pelajaran.

Foto: Facebook Mustafa Musa

Menurut laporan Sinar Harian, Ahli Dewan Negara, Datuk Mustafa Musa berkongsi bahawa peperiksaan bukan beban sebenar, tetapi silibus terlalu berat yang memberi kesan kepada psikologi pelajar.

Mustafa berkata, penggubal kurikulum yang memahami kedua-dua keperluan kandungan dan psikologi pelajar adalah penting dalam menghasilkan kurikulum tahunan yang munasabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekolah ada masa 190 sehari setahun, tapi masa itu dihabiskan dengan program dan acara lain, tolak semua itu berapa hari yang tinggal?
“Jadi akhirnya apa yang berlaku ialah tekanan itu datang daripada silibus yang terlalu banyak dan padat yang perlu dipelajari dan bukan disebabkan peperiksaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa forum Wacana Sinar ke-458 bertajuk “UPSR, PT3: Mencari Alternatif Terbaik,” yang diadakan di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Beliau mengetengahkan cabaran untuk menyesuaikan silibus dalam tahun akademik, dengan menyatakan bahawa daripada 190 hari persekolahan setahun, kebanyakannya diambil oleh pelbagai program dan acara, menyebabkan masa pembelajaran sebenar menjadi terhad.

Jelasnya, tekanan kepada pelajar berpunca daripada silibus yang terlalu padat berbanding peperiksaan itu sendiri.

Foto: Facebook Mustafa Musa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Panel perbincangan tersebut turut disertai oleh pempengaruh pendidikan, Cikgu Zack Kirana dan Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad, dengan Ismail Adnan sebagai pengacara.

Mustafa turut menyatakan, walaupun peperiksaan adalah proses biasa dalam pendidikan, pengurangan silibus akan memberi pelajar lebih banyak masa untuk latihan dan menyiapkan kerja rumah.

Berhubung cadangan untuk memperkenalkan semula UPSR dan PT3 mengikut format pemarkahan STPM, Mustafa menyatakan bahawa kaedah pentaksiran boleh disesuaikan mengikut keperluan masa kini dan sistem peperiksaan ‘one off’ yang dianggap ketinggalan zaman boleh diubah suai seperti yang telah dilaksanakan dalam sistem STPM.

Mustafa turut menekankan kepentingan untuk mengekalkan satu bentuk pentaksiran berpusat di penghujung tahap pembelajaran seperti UPSR.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, pentaksiran berpusat adalah penting untuk menilai tahap penguasaan pelajar dan mengukur pencapaian mereka di peringkat nasional dengan lebih jelas.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Lokal

Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim mempersoalkan kewajaran keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mengambil keputusan untuk menutup kesemua premis perniagaan pada 1 Syawal. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd