Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penyanyi Wanita Mengadu Sakit Belakang, Meninggal Dunia Selepas Urut Leher

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad.

Menurut laporan media luar Bangkok Post, mangsa disahkan meninggal dunia akibat jangkitan darah dan pembengkakan otak di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tempatan pada jam 6 pagi, semalam.

Chayada Prao-hom, a Thai luk thung singer, died after three times visiting a Thai massage shop in Udon Thani province. The hospital said the cause of death was associated with a blood infection and brain swelling. (Photo: Guitar Record)

Foto: Guitar Record

Menurut teman lelakinya, mangsa mengadu sakit belakang selepas persembahannya pada 5 Oktober lalu dan meminta untuk dibawa ke kedai urut tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas urutan pertama, mangsa yang berusia 20 tahun mula berasa kebas di separuh badannya dan kehilangan keupayaan menggerakkan tangan kiri.

Keadaan semakin buruk selepas itu, menyebabkan mangsa tidak lagi dapat menggerakkan seluruh tubuhnya.

Pada 6 November, mangsa sempat berkongsi keadaannya melalui hantaran Facebook.

Dia mendedahkan telah mengunjungi kedai urut yang sama sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mangsa mengakui hanya mengalami sakit bahu ringan sebelum sesi urutan pertama.

Foto: Facebook Chayada Prao-hom

Namun, dua hari selepas itu, mangsa mengalami sakit kepala dan terpaksa mengambil ubat tahan sakit. Seminggu kemudian, mangsa mula merasa kebas di bahagian lengan.

Selepas sesi urutan kedua pula, mangsa mengalami kesakitan teruk sehingga sukar bergerak di atas katil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sesi ketiga memburukkan lagi keadaan mangsa dimana tukang urut menggunakan teknik yang menyebabkan lebam serta bengkak yang berlanjutan selama seminggu.

Foto: Facebook อีจัน

Meskipun terus mengambil ubat, kebas mula merebak ke bahagian dada dan tubuhnya semakin lemah.

Pada 18 November, keadaan mangsa merosot teruk apabila mangsa tidak lagi mampu bergerak atau menjaga dirinya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, teman lelaki mangsa ‘bersuara’ untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedai urut tersebut namun masih tidak pasti sama ada terdapat bukti mencukupi.

Sementara itu, pihak Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) Thailand akan menyiasat sama ada kedai tersebut memiliki lesen dan mematuhi piawaian urut tradisional Thai.

Foto: Facebook อีจัน

Menurut Prof Dr Thiravat Hemachudha dari Kolej Perubatan Oriental, Universiti Rangsit, teknik memusing atau memetik leher secara kasar boleh merosakkan arteri yang membawa darah ke otak, khususnya arteri karotid dan vertebra.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerosakan ini boleh membawa kepada strok, salah satu punca utama lumpuh.

“Risiko meningkat dengan kekuatan pusingan atau ketukan pada leher. Aktiviti ini bukan sahaja menjejaskan saraf tetapi juga saluran darah di leher,” jelas Dr Thiravat.

Sumber: Bangkok Post , Facebook Chayada Prao-hom, อีจัน

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd