Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penyanyi Malaysia Juara Rancangan Realiti TV Terkenal Di China

Baru-baru ini, penyanyi Malaysia iaitu Jeryl Lee Pei Ling, 23, telah berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul juara rancangan realiti televisyen popular, The Next 2023 di China.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jeryl di laman Instagramnya, dia seakan tidak menyangka dengan pencapaian yang dikecapinya selepas bekerja keras bersaing dengan penyanyi hebat yang lain.

Penyanyi Malaysia juara rancangan realiti TV

View this post on Instagram

A post shared by Jeryl 李佩玲 (@jerylleex)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Jeryl turut mendedahkan dia sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak usia 15 tahun lagi malah mula berdebut sebagai penyanyi pada tujuh tahun yang lepas.

“Helo semua, saya Lee Pei Ling dari Malaysia dan saya juga merupakan juara keseluruhan bagi rancangan The Next 2023. Hari ini, saya terasa seakan sedang bermimpi. Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh semua semua pihak.
“Setiap kali rasa ingin berputus asa, saya akan memberitahu diri, ‘Bertahanlah dan cuba lebih kuat. Semua ini akan berakhir juga nanti’. Jadi kali ini, saya boleh katakan ‘Saya sudah melakukannya!’ dengan penuh yakin,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Jeryl 李佩玲 (@jerylleex)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ahmad Dhani Puji Orkestra Malaysia -“Kualitinya Lebih Bagus Berbanding Indonesia”

Bahkan, penyanyi asal Pulau Pinang itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut dan sentiasa menyokongnya sehingga berjaya.

Sementara itu, dia menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa berani menyahut cabaran dalam kehidupan dan jangan mengalah dalam sentiasa mencuba sesuatu yang baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingin katakan sesuatu kepada anda, Lakukan apa yang ingin anda lakukan, jadi berani untuk mencuba perkara baharu. Jangan takut dan mengalah dengan begitu cepat. Saya boleh lakukannya, anda pun sama!” ujarnya lagi.

Sumber: Instagram @Jeryl

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Nasional

Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan kukuh di peringkat serantau apabila berjaya memacu komitmen negara-negara ASEAN dalam memperkukuh pembangunan kemahiran dan transformasi tenaga kerja masa...

Sosial

Tugu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pertubuhan Freemason di Bandar Tasik Senangin, di sini, didapati dimusnahkan malam tadi, menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk. Ahli...

Dunia

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, membatalkan lawatannya ke Sidang Kemuncak ASEAN selepas kemangkatan diraja di negara itu. Ia ssekali gus menimbulkan kemungkinan beliau terlepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd