Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penyanyi Lagu Anime, Sayuri Meninggal Dunia Selepas Enam Bulan Berkahwin

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi.

Menerusi satu hantaran di X, Amaarashi telah memuat naik satu kenyataan berkenaan pemergian penyanyi itu pada Jumaat.

Pada kenyataan itu, Amaarashi berkata majlis pengebumian penyanyi terkenal itu dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakat rapat.

Sayuri meninggal dunia selepas enam bulan berkahwin

Sayuri Meninggal Dunia

“Kami sangat berterima kasih kepada semua orang atas kebaikan yang anda tunjukkan kepada Sayuri selama ini. Kami berharap kita bersama-sama doakan ketenangan buat Sayuri,” katanya.

Dalam pada itu, Amaarashi juga meminta media untuk menghormati privasi keluarga Sayuri dan tidak menghubungi mereka untuk ditemu bual.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami minta agar media untuk bertimbang rasa terhadap keluarga Sayuri dan jangan hubungi mereka untuk ditemu bual,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Amaarashi juga memohon agar peminat Sayuri untuk tidak menghantar surat mengucapkan takziah atau hadiah kepada keluarga penyanyi itu.

“Sebelum ini, Sayuri terima surat dan hadiah daripada peminat menerusi pejabat syarikatnya, tapi keluarga Sayuri tidak akan menerima sebarang surat atau hadiah kerana kematian dia. Kami harap anda faham,” katanya.

Bagaimanapun, Amaarashi tidak mendedahkan secara spesifik punca kematian Sayuri atas sebab privasi namun sebelum ini penyanyi itu pernah mengumumkan dia menghadapi masalah pertuturan pada July.

Susulan itu, Sayuri mengumumkan dia bakal berehat daripada menyanyi untuk memberi fokus kepada rawatannya, membuatkan para peminat berharap dia kembali sembuh.

Sekadar info, Sayuri memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan pada tahun 2010 sebagai penyanyi dan juga komposer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara sumbangan runut bunyinya adalah Rampo Kitan: Game of Laplace, Scum’s Wish, Fate/Extra, Golden Kamuy, My Hero Academia dan Lycoris Recoil.

Dia berkahwin dengan Amaarashi, yang juga ahli kumpulan Misekai, pada Mac lalu.

Sumber: X Sayuri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd