Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penyanyi Dangdut Paksa Isteri Buat Seks Songsang Lepas Sebulan Nikah

Penyanyi dangdut Indonesia, Rizal Djibran telah dilaporkan ke pihak polis oleh isterinya sendiri selepas didakwa melakukan kekerasan dalam rumah tangga.

Dipukul kalau kemahuan tak dituruti

Memetik laporan dari CNN Indonesia, isterinya dikenali sebagai Sarah telah melaporkan kekerasan yang dilakukan suaminya kerana sudah tidak tahan didera jika kemahuannya tidak diturutkan.

Saya dari awal pertama kali dapat kekerasan seksual sudah ingin menolak, tapi saya diancam dengan kekerasan verbal itu,” kata Sarah. “Ada juga dipukul itu di tangan, kaki,” katanya.

Kerap pulang dalam keadaan mabuk

Ujar Sarah lagi, dia kerap bertengkar dengan selebriti tersebut kerana lelaki itu kerap pulang dalam keadaan mabuk.

“Dia sering pulang malam dalam keadaan mabuk, saya tanya baik-baik, tapi ya pasti enggak terima. Jadi akhirnya malah jadi begitu (bertengkar),” jelasnya.

Nikah lepas 2 kali jumpa

Difahamkan, mereka baru sahaja bernikah tahun lalu selepas menjalani taaruf. Selepas tiga kali bertemu, masing-masing mengambil keputusan untuk bernikah setelah merasakan ada keserasian.

Perbezaan usia Rizal dan Sarah terpaut 15 tahun tidak menghalang mereka untuk bersatu selepas bertemu pada Aidilfitri 2021, kemudian November 2021, dan saat bertunang pada awal Januari 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka sepakat menjadi suami isteri pada 22 Februari 2022 dan sehingga ke saat ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: CNN Indonesia

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd