Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Penyanyi & Aktor Korea, Lee Jihan Maut Dalam Tragedi Halloween Itaewon

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai tragedi Halloween yang berlaku di Itaewon, Seoul sehingga meragut ratusan nyawa.

Kejadian itu berlaku selepas sekumpulan orang berpesta membanjiri dan bersesak-sesak di lorong sempit ketik menuruni bukit berhampiran Hotel Hamilton di sebuah daerah hiburan terkenal tersebut.

Dukacita dimaklumkan, seorang pelakon dan juga bekas peserta program survival tersohor Korea Selatan, Produce 101 musim kedua iaitu Lee Jihan dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi berkenaan.

Menurut portal Allkpop, berita itu dikongsikan oleh beberapa orang sahabat aktor berusia 24 tahun iaitu Park Hee Seok, Jo Jin Hyung dan Kim Do Hyun yang turut meluahkan kesedihan atas kehilangan Jihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pemergiaan Jihan turut disahkan oleh agensinya, 935 Entertainment menerusi laman Instagram.

“Memang benar Lee Jihan meninggal dunia semasa tragedi di Itaewon pada 29 Oktober. Kami berharap ia tidak benar, namun apabila mendengar berita itu, kami sangat terkejut.
“Kami juga sangat berhati-hati tentang perkara ini kerana keluarganya berada dalam kesedihan yang amat sangat.  Kita titipkan doa buat mendiang,”jelas kenyatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mendiang Lee Jihan berada di rumah mayat Hospital Myongji dan acara pengebumian akan diadakan pada 1 November ini.

Sekadar info, mendiang yang pernah menyertai rancangan Produce 101 musim kedua pada tahun 2017 menduduki tempat ke-98. Bagaimanapun, dia tersingkir dalam pusingan pertama sebelum kembali aktif sebagai pelakon dan muncul dalam web siri berjudul Today Was Another Nam Hyun Day.

Sumber: Allkpop, Instagram @935entertainment

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd