Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penumpang Hampir Tertelan Serpihan Kaca, Korean Air Bantu Bil Perubatan

Seorang penumpang Korean Air terkejut apabila menemui serpihan kaca di dalam kopi yang dihidangkan kepadanya di atas pesawat tersebut.

Menurut laporan Business Korea, penumpang tersebut tidak cedera tetapi terpaksa memuntahkan semua makanan yang dimakan dalam penerbangan tersebut untuk keselamatannya.

Kejadian ini berlaku ketika penumpang terbabit pulang dari Guangzhou, China ke Lapangan Terbang Incheon dalam penerbangan Korean Air pada 1 September yang lalu.

Ketika sedang meminum kopi ais yang dihidangkan, difahamkan penumpang tersebut merasakan terdapat bahan asing di dalam mulutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Benda asing tersepit di antara gigi dan bibirnya itu ternyata serpihan kaca tajam berukuran kira-kira 0.5cm panjang dan 0.1cm tebal.

Ketika diperiksa oleh kru kabin, rupa-rupanya kaca berkenaan berasal dari cawan yang digunakan untuk menghidangkan kopi ais tersebut.

Kru kabin meminta penumpang tersebut untuk memuntahkan minuman itu di tandas kapal tersebut bagi mengelakkan kemungkinan dia menelan serpihan kaca.

Disebabkan cuti perayaan Chuseok semakin hampir dan pastinya ramai pelancong luar negara datang ke Korea, penumpang terbabit berasa syarikat penerbangan perlu meningkatkan keselamatan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penumpang berkenaan telah menghantar surat rasmi kepada Ketua Pegawai Eksekutif Korean Air, Cho Won-Tae untuk mengetengahkan isu itu dan menggesa tindakan pembaikan.

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan itu tidak menerima permintaan penumpang tersebut yang telah mencadangkan agar membuat pendedahan awam mengenai kejadian yang telah berlaku.

 

Syarikat penerbangan terbabit hanya memberikan penumpang itu bantuan dalam bil perubatannya dan memberikan e-baucer ASS$100 (RM469).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami memohon maaf atas kejadian yang hampir menyebabkan kecederaan kepada anda kerana cawan yang telah rosak digunakan di dalam kapal,” tulis emel yang dihantar kepada penumpang berkenaan.

Sumber: BusinessKorea

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd