Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pensyarah Cadang Sesi Sekolah Dimulakan Jam 8 Pagi Terima Reaksi Positif Ramai

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad mencadangkan supaya sistem persekolahan di semenanjung Malaysia dimulakan pada jam 8 pagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pendidik tersebut, beliu meluahkan pendapat itu agar kerajan harus mempunyai perasaan belas kasihan dan empati terhadap keadaan guru-guru, bu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun awal pagi.

https://www.facebook.com/anuar.ahmad.54/posts/pfbid02iEnyVByfDcXetqMJSy1DSzke5Zgr7GnPpfxDsozrANz3KEu94B5qJjTgCcjrEGxNl

“Bagi meraikan konsep Malaysia Madani oleh YAB PM Dato Seri Anwar Ibrahim dan slogan YB Fadhlina Sidek “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”, saya ingin mencadangkan supaya sistem persekolahan di semenanjung Malaysia bermula jam 8 pagi.
“Kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibubapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal 4.30 pagi, jika sekolah di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan

Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan anak-anak kecil yang tinggal di kawasan pendalaman terpaksa meredah jalan yang tidak baik dalam keadaan cuaca yang gelap.

Malah, ada segelintir guru-guru dan murid tidak sempat untuk sarapan sebelum hadir ke sesi sekolah kerana terpaksa bergegas untuk mengikuti pembelajaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika kerajaan prihatin dengan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kerajaan lakukan sesuatu yang betul untuk kebaikan rakyat dengan mulakan sesi persekolahan pada jam 8 pagi,” ujarnya lagi.

Netizen setuju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh pensyarah tersebut dimana jam 8 pagi itu adalah waktu yang sesuai bagi memulakan sesi persekolahan.

Jam 8 pagi untuk memulakan sesi persekolahan adalah tidak relevan?

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen beranggapan jam 8 pagi tersebut adalah tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana ia akan menyukarkan lagi pengurusan masa ibu bapa memandangkan mereka sudah biasa keluar dari rumah seawal pagi untuk hantar anak ke sekolah.

Sumber: Facebook @Anuar Ahmad

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd