Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penjenayah Lari Dari Sekatan Jalan Raya, Nekad Rempuh Kereta Peronda Polis

Percubaan dua lelaki melarikan diri dari sekatan jalan raya dan rempuh kereta peronda polis berakhir dengan penahanan mereka di Jalan PJU 1A/1, Ara Damansara, Petaling Jaya pada pagi Khamis.

Nekad rempuh kereta peronda polis

Rempuh Kereta Peronda Polis

Foto: MalaysiaGazette

Menurut laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata kejadian berlaku pada jam 11.32 pagi apabila kedua-dua suspek berusia 29 dan 30 tahun telah bertindak melanggar seorang penunggang motosikal sebelum ditahan.

“Kejadian bermula di Kilometer (KM) 16, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) apabila kedua-dua suspek yang menaiki kereta Proton Satria yang memandu secara melawan arus kerana cuba lari daripada sekatan polis.
“Susulan itu, polis peronda bertindak mengejar kenderaan suspek sehingga Jalan PJU 1A/1 sebelum melanggar MPV polis dan sebuah motosikal ditunggang orang awam yang akhirnya suspek berjaya ditahan pasukan terbabit,” katanya satu dalam kenyataan.

Rempuh Kereta Peronda Polis

Foto: MalaysiaGazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek menemukan sejumlah dadah jenis syabu anggaran berat 12.87 gram dan alat renjatan elektrik.

“Hasil semakan mendapati, suspek pertama merupakan pemandu kereta mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk dadah manakala suspek kedua memiliki satu rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Kedua-dua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Shahrulnizam menyatakan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307/186/279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya 1958.

Artikel lain: Pemandu SUV Mercedes Benz Mengaku Tak Bersalah Langgar Lari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai laporan sebarang kejadian jenayah atau individu mencurigakan di daerah ini boleh lapor kepada polis dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” maklumnya.

Sumber: MalaysiaGazette (Nurayuni Johari)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd