Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Penjaga Gol JDT Sah Sertai Perak Secara Pinjaman Selama Setahun

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli akhirnya menamatkan teka-teki mengenai destinasi pilihannya sebelum ini apabila dia sah sertai Perak FC bagi musim Liga Super 2024/2025.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Perak FC di laman Instagramnya dengan memaklumkan Haziq Nadzli secara rasminya menjadi pemain terbaharu buat kelab tersebut.

Difahamkan, pemain yang berusia 26 tahun itu menyertai Perak FC secara pinjaman selama setahun.

Penjaga gol JDT sah sertai Perak

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Perak Football Club (@perakfcofficial_)

Artikel lain: “Saya Akan Terus ‘Bunuh’ Bola Sepak Tanah Air” – TMJ

Menurut Haziq, dia mempunyai misi tersendiri bahkan mahu membantu pasukan baharunya itu mengharungi musim baharu dengan lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berhijrah ke Perak FC untuk mendapatkan minit permainan dan mencari balik rentak prestasi sebelum ini.
“Insya-ALLAH jika saya diturunkan saya akan sedikit sebanyak membantu memajukan pasukan Perak FC tahun ini,” katanya menerusi rakaman video tersebut.

Terdahulu,Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin mendedahkan bahawa pasukannya itu akan mendapatkan khidmat penjaga gol JDT tersebut.

Bukan itu sahaja, Firdaus Irman yang pernah beraksi bersama Negeri Sembilan FC turut menyertai Perak FC sebagai pemain baharu.

Dalam perkembangan lain, Perak FC turut mengumumkan dua lagi import mereka yang akan mewarnai liga tempatan musim ini.

Bintang muda Korea Selatan, Lee Tae Min dari kelab Liga K2 Korea Selatan, Busan I-Park menjadi pemain taruhan terbaharu selain Luis Henrique Motta dari Brazil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @Perak FC

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd