Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peniaga Wanita Maut Dirempuh Kereta Dipandu Remaja 14 Tahun

Seorang peniaga maut apabila motosikal yang ditunggangi bersama kakaknya dirempuh sebuah kereta dipandu remaja  14 tahun semalam.

Memetik laporan dari Utusan, peniaga wanita itu yang dikenali sebagai Nur Shafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan manakala kakaknya, Nooraliza, 43 alami kesakitan di bahagian kaki kiri, pinggang dan dada.

Dua beradik naik motosikal dirempuh

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.05 petang.

Siasatan mendapati dua beradik yang menaiki motosikal jenis Honda Wave bergerak dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah, manakala kereta Proton Satria dipandu remaja terbabit dari arah bertentangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan sebelum masuk ke arah bertentangan lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa,” katanya.

Kredit foto: FB Polis Kedah

Dirempuh kereta dipandu remaja  14 tahun

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu hujan dan jalan dalam permukaan jalan keadaan basah.

Ujarnya lagi, remaja perempuan yang memandu kenderaan tersebut tidak bekerja dan tidak bersekolah. Kereta yang dipandunya juga merupakan milik rakan kepada ibunya.

“Remaja tersebut yang tidak bekerja dan tidak bersekolah dipercayai memandu kereta milik rakan ibunya dan polis kini sedang mengesan pemilik kereta itu untuk diambil tindakan kerana membenarkan kenderaan dipandu remaja bawah umur.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan,” katanya.

Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan dan saksi kemalangan maut itu turut sedang giat dikesan bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Rafie Azimi)

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd