Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peniaga Rugi Kira-Kira 50 Hingga 70 Peratus Susulan Tanah Jerlus Di Masjid India

Hasil jualan para peniaga di sekitar kawasan Masjid India mengalami rugi kira-kira 50 hingga 70 peratus susulan insiden tanah jerlus di lokasi tersebut pada Jumaat lalu.

Memetik laporan Bernama, susulan itu, terdapat peniaga yang sanggup menghentikan operasi buat sementara waktu bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Pengusaha gerai makan, Md Daud Jonid berkata prestasi perniagaannya semakin merosot dengan hasil jualan susut sehingga 50 peratus selepas insiden malang itu.

Katanya, pada waktu petang selepas insiden tersebut, terdapat gangguan bekalan air yang kemudian berlarutan hingga Sabtu lepas menyebabkan perniagaanya terpaksa ditutup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peniaga di sekitar kawasan Masjid India alami rugi

Peniaga di masjid india rugi

Foto: Harian Metro

Keadaan bertambah buruk selepas satu lagi insiden tanah jerlus dilaporkan berlaku di kawasan lain yang berdekatan dengan lokasi asal tanah jerlus pertama.

“Pada 28 Ogos, jualan saya jatuh setengah (50 peratus), pada 29 Ogos jualan kami lagi teruk. Hari-hari biasa jualan saya adalah sekitar RM3,000 lebih sehari, 28 Ogos saya hanya dapat RM2,000 sahaja.
“Benda ini tidak dirancang, tadi saya ada bincang dengan pekerja ingat nak tutup kedai sementara. Pekerja kalau diberi cuti dan tidak bergaji, lama-lama mereka juga tidak tahan dan akan cari kerja lain untuk terus hidup,” katanya.

Dalam pada itu, kawasan sekitar Masjid India juga kelihatan suram dengan aliran pengunjung yang sangat rendah dan pelbagai jenis perniagaan dilihat tidak beroperasi selain kawalan ketat oleh pihak berkuasa di sekitar kawasan terbabit.

Peniaga di masjid india rugi

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan kawasan Masjid India sebagai zon tidak selamat dan bencana.

Beliau berkata, jika mahu mengisytiharkan sesuatu kawasan itu selamat atau tidak, polis perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat kepada orang ramai, bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di kawasan insiden tanah jerlus itu.

Manakala, Persatuan Perniagaan Jalan Masjid India (MIBA) dan Persatuan Pemborong Jalan Batu (BARRA) menggesa agar satu pertemuan diadakan bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan jabatan-jabatan berkaitan dalam masa terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peniaga di masjid india rugi

Foto: Bernama

Ketua Perhubungan BARRA Datin Rohana Mohammad Nasir berkata pertemuan itu antaranya bagi mendapat jaminan keselamatan di kawasan tersebut, selain ingin mengetahui tindakan penguatkuasaan selanjutnya.

Katanya, jaminan itu penting bagi menyakinkan penghuni dan peniaga bahawa kawasan tersebut masih selamat serta terkawal sekaligus memastikan orang ramai terus mengunjungi Masjid India.

Artikel lain: Laporan Kimia & Bedah Siasat Belum Selesai, Kes Farah Kartini Disebut Semula 7 Oktober

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Duduk dan berbincang dengan kami apakah tindakan yang akan dilakukan dengan secepat mungkin. Kita faham pencarian mangsa sedang dilakukan, sementara ia dijalankan kenapa tiada yang datang berjumpa dengan pemilik pemilik bangunan dan pemilik perniagaan.
“Kita berasa kecil hati, kalau apa yang berlaku tujuh hari lepas ramai pegawai-pegawai kerajaan yang telah datang membuat persidangan tetapi seorang pun tidak menjemput kami sebagai pemilik perniagaan. Kenapa?
“Kita di sini 24 jam satu hari, kita hidup di sini sudah berpuluhpuluh tahun, kita tahu keadaan jalan macam mana, keadaan trafik macam mana, keadaan pergerakan pelanggan macam mana,” ujarnya.

Peniaga di masjid india rugi

Foto: Harian Metro

Terdahulu, seorang warga India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy hilang selepas terjatuh ke daalam lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan sudah memasuki hari kelapan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd