Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peniaga Nasi Ekonomi Maut Ditikam 27 Kali, Polis Buru 2 Suspek

Seorang peniaga nasi ekonomi telah dilaporkan maut selepas menerima 27 tikaman di badan menggunakan senjata pisau di tempat letak kereta sebuah apartment di Jalan Perak Georgetown 5 Disember 2023.

Memetik laporan dari Kosmo! mangsa yang juga merupakanwarga emas berusia lingkungan 60-an mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan serta leher dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang.

Tikaman di leher dan badan

Difahamkan, mangsa telah ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum dikejarkan ke  Hospital Pulau Pinang (HPP)  menaiki ambulans.

Menurut PemangkuTimbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan, mangsa yang merupakan peniaga di Jalan Perak telah meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di hospital malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
”Hasil pemeriksaan, terdapat 27 tikaman pada leher dan seluruh badan mangsa. Motif kejadian masih dalam siasatan tetapi berdasarkan maklumat awal nampaknya mangsa bukan disamun namun dibunuh.
“Ini kerana, wang dan beberapa barangan milik mangsa masih berada pada badannya. Mangsa mempunyai beberapa rekod lampau dan tinggal di apartment tersebut,” katanya.

Suspek disyaki tikam peniaga nasi ekonomi lari menggunakan motosikal

Dalam pada itu, pihak polis menyatakan sedang memburu dua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut setelah meneliti rakaman televisyen kamera litar tertutup (CCTV).

Semasa kejadian rakan suspek yang menunggang motosikal hanya berada di motosikal.

“Dia dipercayai bersiap sedia untuk melarikan diri jika terdapat pihak polis yang datang ketika rakannya menyerang mangsa,” ujar V. Saravanan.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Sumber: Kosmo! (Safina Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd