Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Pengorbanan Bapa Tiada Tandingan, Filem Babah Di Pawagam 5 Disember Ini

Berkisarkan tentang pengorbanan seorang bapa, filem ‘Babah’ akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 5 Disember 2024.

Idea asal dan penerbit , Nadia Nadzri mendapat idea untuk menghasilkan filem ini apabila dia menonton sebuah video  viral yang memaparkan seorang ayah membuat persembahan di majlis perkahwinan anak perempuannya.

“Jadi, ia memberikan idea kepada kami untuk menghasilkan sebuah filem dengan gabungan video-video viral itu daan diolah menjadi sebuah jalan cerita yang menarik dan cukup dekat dengan kehidupan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, penulis skrip filem ini, Wan Rafiq pula berkata filem ini cukup istimewa kerana ia sangat dekat dengan penonton yang akan menimbulkan rasa penuh emosi.

Katanya lagi, naskah ini memilih untuk tidak memfokuskan kepada rasa sedih, namun filem ini bakal mengetengahkan rasa rindu, sebuah perasaan yang lebih besar dan mendalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ianya adalah emosi yang bercampur di antara gembira, sedih dan sayu yang datang hanya dari momen sendiri. Dalam filem Babah, saya percaya penonton akan dapat mengimbau semula kenangan mereka
“Untuk seorang ayah, diharap dapat mengimbau semula perjalanan mereka dalam membesarkan anak perempuan sehingga masa untuk melepaskan mereka ke tangan suami.
“Untuk seorang anak perempuan, adalah untuk mengingatkan tentang pengorbanan seorang ayah yang tidak pernah mengeluh dalam membesarkan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah filem ini, Mohd Shah Faizul tertarik untuk mengarahkan filem ini setelah membaca skripnya kerana naskah ini mempunyai kelainan dari segi penyampaiannya.

“Saya merasakan yang jalan ceritanya sangat dekat dengan diri saya. Lepas membaca skrip, saya terus beri kata putus kepada penerbit yang saya ingin mengarahkan Babah
“Penulis skrip juga adalah penerbit kepada filem ini dan saya merasakan penulisannya sangat peribadi dan itu membuatkan saya yakin ia adalah sebuah naskhah yang baik,” kongsinya.

Pada masa yang sama, Mohd Shah berharap agar penonton dapat menerima cerita ini dan dapat merasai apa yang ingin disampaikan menerusi filem ini.

Artikel lain: Filem Kontroversi La Luna, Dipilih Wakili Singapura Ke Oscars 2025

“Kita jarang disajikan dengan filem yang sebegini, maka saya rasa filem Babah memberi peluang kepada penonton untuk menonton sebuah naskhah yang selain memberikan hiburan, turut menyentuh emosi dan perasaan,” jelasnya.

Filem ‘Babah’ mengisahkan tentang Isyak dan anak perempuannya, Maya mengharungi pasang surut kehidupan, termasuklah kisah di mana Isyak terpaksa menjaga Maya susulan menghidap penyakit selepas berkahwin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem ini bakal menampilkan barisan-barisan hebat tanah air seperti Qi Razali, Cristina Suzanne, Sweet Qismina dan Adam Lee.

Hah, korang jangan terlepas untuk tonton filem Babah di pawagam berdekatan anda bermula pada 5 Disember ini!

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd