Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penggunaan Harian OKU Catat Peningkatan 49 Peratus – Prasarana

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali rangkaian pengangkutan awam rel dan bas telah mencatatkan peningkatan penggunaan harian di kalangan warga orang kurang upaya (OKU) sebanyak 49 peratus di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan sejak Februari lalu.

Menerusi satu kenyataan, Prasarana memaklumkan bahawa pengenalan Pas Perjalanan Percuma OKU Smile (Pas OKU Smile) pada bulan Februari tahun ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan tersebut.

“Pada bulan Mei 2024, perkhidmatan Rapid Rail dan Rapid Bus telah mencatat sebanyak 233,915 jumlah penggunaan di kalangan warga OKU.
“Inisiatif Pas OKU Smile telah menerima sambutan menggalakkan dan setakat hari ini telah mendapat lebih daripada 6,000 pendaftaran,” katanya hari ini.

Prasarana juga telah mengadakan beberapa siri jelajah untuk memberikan pengenalan mendalam dan memudahkan proses pendaftaran Pas OKU Smile selain bagi meningkatkan kesedaran dalam penggunaan pengangkutan awam di kalangan komuniti OKU.

“Sebanyak lima siri jelajah telah berjaya disempurnakan termasuk di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Bandar Tasik Selatan. Siri jelajah terakhir untuk tahun ini telah diadakan di Kampus UiTM Shah Alam.
“Seramai 409 orang telah berjaya didaftarkan hasil daripada siri jelajah tersebut dan selebihnya daripada pengaktifan Pas OKU Smile di Kaunter Perkhidmatan rel dan hab bas terpilih,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah memberi latihan kepada kakitangan barisan hadapan pihak Prasarana untuk menyantuni golongan OKU bagi memastikan mereka sentiasa diberikan perkhidmatan yang terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Stesen-stesen rel dan hab-hab bas turut dilengkapi dengan fasiliti mesra OKU seperti kemudahan lif, tanjakan, laluan bercorak timbul dan tandas OKU.
“Selain itu, ruangan khas juga turut disediakan khusus untuk pengguna berkerusi roda selain tempat duduk keutamaan (priority seat) tersedia bagi keselesaan pengguna yang memerlukan seperti pengguna OKU, wanita mengandung, dan warga emas,” jelasnya.

Prasarana turut memaklumkan bahawa Pas OKU Smile kini sudah boleh didapati dari kaunter-kaunter perkhidmatan yang terpilih bagi Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

“Maklumat berkenaan Pas OKU Smile boleh didapati di laman web rasmi www.myrapid.com.my atau di platform media sosial Rapid KL dan Rapid Penang.

“Bagi sebarang pertanyaan, pengguna juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-78852585; Rapid Penang 04-2558000 atau Rapid Kuantan 09-5663686/019-3858607,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, inisiatif Pas OKU Smile diperkenalkan selepas Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan mengenai inisiatif tambang percuma untuk komuniti OKU yang bertujuan untuk menyediakan perjalanan percuma kepada komuniti OKU bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana pada 21 Disember 2023.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd