Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengguna Facebook Cecilia Yap Mohon Maaf Atas Komen Sensitif Di Hantaran Harith Iskander

Seorang pengguna akaun Facebook, Cecilia Yap Song KL hari ini mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atas komen ditinggalkan di hantaran Facebook pelawak kontroversi, Harith Iskander yang kini dalam siasatan polis.

Foto: TheSun

Menurut laporan Malaymail, Yap melalui peguamnya membuat permohonan maaf atas komen yang ditinggalkan terhadap jenaka Harith berkenaan isu ‘ham’ tersebut.

“Saya, Cecilia Yap Song KL, dengan ini memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan komen saya di laman Facebook Harith Iskander, terutamanya kepada saudara-saudari Muslim yang sangat saya hormati.
“Saya sangat kesal kerana komen tidak sensitif saya telah menyinggung perasaan semua pihak, dan saya berjanji tidak akan mengulangi tindakan saya pada masa hadapan,” katanya hari ini.

Dia turut berjanji untuk memberi kerjasama dalam siasatan polis terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Utusan TV

Kes ini bermula apabila Harith membuat jenaka tentang “ham sap coffee” yang tidak halal untuk orang Islam kerana perkataan “ham”, merujuk kepada kontroversi sandwic ham dan keju yang menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

Yap didakwa membuat jenaka serupa tetapi merujuk kepada Nabi Muhammad SAW.

Artikel lain: Sandwic Ham: Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Harith Iskander Kini Disiasat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 22 Januari lalu, Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar mengesahkan siasatan dimulakan terhadap selebriti tempatan tersebut dan pengguna Facebook lain selepas laporan polis dibuat di Iskandar Puteri, Johor Baru Utara dan Kluang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis telah mengambil keterangan Harith dan mengenal pasti Yap sebagai pengguna Facebook berkenaan.

Kontroversi ini menyebabkan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) membatalkan persembahan komedi Harith pada 25 Sabtu lalu berikutan ancaman bunuh terhadap bekas isterinya, Dr Jezamine Lim dan mesej kesat yang disasarkan kepada anak-anak mereka.

Sumber: Malaymail (S00 Wern Jun)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Lokal

Seorang murid lelaki Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera dipercayai terjatuh dari koridor sekolah ketika cuba mengambil kasut rakannya yang...

Lokal

Seorang pelajar Tingkatan Empat maut, manakala seorang pelajar Tingkatan Tiga parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd